30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

KKM perlu bekalkan mesin CT-PET SCAN kepada Negeri Sabah: James

James ( tiga dari kiri) mengiringi Tun Juhar menerima cenderamata disampaikan Dr.Asits (kiri)


LAHAD DATU: Menteri Pembanguanan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) Sabah, Datuk James Ratib memohon kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar dapat membekalkan mesin pengesan awal kanser kepada negeri ini.


“Negeri Sabah memerlukan sebuah mesin Positron Emission Tomography-Computed Tomography Scan (CT-PET SCAN), iaitu satu mesin yang berupaya mengesan kanser yang lebih awal.


“Untuk makluman, di Sarawak sudah ada dua buah mesin dan di Pulau Pinang sudah ada dua atau empat dan di Semenanjung memang banyak sudah mesin CT-PET SCAN ini, Cuma di Sabah sahaja belum ada mesin ini,” katanya.


Menurut James yang juga merupakan Exco Kesihatan Negeri Sabah, di Sabah memang ramai pengidap kanser, dan mesin ini amat diperlukan oleh rakyat Sabah.


“Justeru, saya merayu kepada KKM supaya dapat membekalkan sekurang-kurangnya satu atau pun dua mesin CT-PET SCAN untuk rakyat Sabah,” kata beliau.


James yang juga merupakan ADUN Sugut berkata demikian sempena Majlis Perasmian dan Penyerahan Aset Dialisis (Petronas) Unit Dialisis, Klinik Kesihatan Tungku yang diadakan di sini pada hari Selasa.


Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar Bin Datuk Haji Mahiruddin bersama Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datin Seri Panglima Hajah Norlidah Binti Datuk R.M. Jasni.


Di majlis itu, Klinik Kesihatan Tungku telah menerima sebanyak empat buah mesin Unit Dialisis di mana dua daripadanya disumbangkan oleh Yayasan Petronas dan dua lagi disumbangkan oleh Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah.


“Saya dengan tulus ikhlas mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yayasan Petronas dan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah atas sumbangan berharga yang diterima.


“Yayasan Petronas telah memberi sumbangan 10 mesin dialisis, tiga mesin Reverse Osmosis, sebuah mesin reprocessor dan satu medical fridge. Ini bukan sahaja merombak landskap rawatan dialysis tetapi juga memberi harapan baru kepada pesakit dan keluarga mereka,” kata beliau.


Selain itu, tambah beliau, Klinik Kesihatan Tungku juga telah menerima dua buah mesin dialisis daripada agensi lain seperti Yayasan Kebajikan Sabah.


“Setinggi-tinggi penghargaan atas kesungguhan dan inisiatif tanggungjawab sosial korporat oleh Yayasan Petronas, Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah dan agensi-agensi yang terlibat dalam pemberian sumbangan ini.


“Untuk makluman, sebanyak dua buah mesin dialisis, sebuah mesin Reverse Osmosis dan sebuah mesin reprocessor telah diterima oleh Unit Hemodialisis, Klinik Kesihatan Tungku bagi memulakan perkhidmatan dialisis di klinik ini.


“Manakala enam mesin dialisis dan sebuah medical fridge telah disumbangkan kepada Hospital Tenom. Hospital Beaufort telah menerima dua buah mesin dialisis dan sebuah mesin Reverse Osmosis,” kata beliau.


James menambah, Hospital Lahad Datu telah menerima sebuah mesin reverse osmosis yang baharu bagi memastikan perkhidmatan dialisis ini dapat berjalan dengan lebih efektif lagi.


“Bagi Daerah Lahad Datu, rawatan dialisis boleh didapati di Hospital Lahad Datu disamping perkhidmatan rawatan yang juga ditawarkan oleh pihak swasta. Perasmian Unit Dialisis di Klinik Kesihatan Tungku adalah Langkah strategik untuk memberi pilihan dan kemudahan lebih kepada penduduk setempat.


“Saya difahamkan sebanyak 21 orang pesakit buah pinggang tahap akhir yang juga dikenali sebagai end stage renal failure (ESRF) yang memerlukan rawatan dialisis yang berasal dari daerah Tungku.


“Menyedari lokasi Klinik Kesihatan Tungku berada dalam lingkungan 70KM dan mengambil masa perjalanan selama 1 jam 15minit dari pusat bandar, saya bersimpati dengan kesusahan dan pengorbanan yang terpaksa dihadapi oleh pesakit ESRF,” kata beliau.


Turut hadir, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Asits Bin Sanna, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am merangkap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk majlis, Jais Bin Asri, Pegawai Daerah Lahad Datu merangkap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk majlis, Firuz Idzualdeen @ Benetty b Mohd Dzul dan lain-lain.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN