JAMES (kedua kanan) ketika melawat Jabatan Kecemasan & Truma, Hospital Queen Elizabeth Hospital II (QEH2), pada Jumaat
KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) Datuk James Ratib meminta agar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menaiktaraf Ruang Rawatan Kecemasan dan juga fasiliti di Klinik Kardiologi dan Wad Pediatrik Kardiologi Hospital Queen Elizabeth Hospital II (QEH2).
“Saya mendapati ruang rawatan kecemasan di QEH2 sangat kritikal dan tidak lagi mampu menampung pesakit dengan hanya memuatkan 3 katil di zon merah, 5 katil zon kuning dan zon hijau 2 kaunter.
“Saya juga diberitahu bahawa Jabatan Kecemasan & Trauma QEH2, menerima pesakit purata 90 orang setiap hari,” katanya.

Justeru, sebagai Exco Kesihatan Negeri Sabah, James suarakan masalah tersebut kepada KKM agar cadangan untuk menaiktaraf Ruang Rawatan Kecemasan dan juga fasiliti di Klinik Kardiologi dan Wad Pediatrik Kardiologi QEH2 ini dapat diberi perhatian dan tindakan sewajarnya.
Beliau berkata demikian semasa mengadakan lawatan kerja ke Hospital QEH 2 untuk melihat sendiri keadaan di Ruang Rawatan Kecemasan, Jabatan Kecemasan & Trauma, Klinik Kardiologi dan Wad Pediatrik Kardiologi di hospital itu.