BANTUAN…Nur Aishah (dua Dari kiri) bersama Mohd Rafi (Miri sekali) ketika menyerahkan Injen bot kepada salah seorang peenerima di balai raya Pohon batu, pada Khamis
Labuan: Seramai 37 individu golongan B40 menerima bantuan peralatan menerusi Program Peningkatan Pendapatan yang disediakan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
Program penyerahan bantuan tersebut telah dilaksanakan di tiga lokasi membabitkan Balai Raya Pohon Batu, Balai Raya Layangan dan Dewan Komuniti Sungai Lada yang diadakan pada Khamis.
Majlis penyerahan bantuan yang melibatkan peruntukan hampir RM300,000 itu disempurnakan oleh Pengarah KKDW Selangor dan Wilayah Persekutuan Nur Aishah Md Norodin.
Hadir sama, Pengerusi Penasihat Giat Mara Wilayah Persekutuan Labuan, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan.
Nur Aishah berkata, bantuan peralatan yang disalurkan itu berupa mesin jahit, enjin bot dan mesin pembuatan makanan.
“Kita berharap dengan bantuan tersebut penerima dapat meningkatkan sumber pendapatan sekaligus mampu meningkatkan taraf kehidupan masing masing” katanya ketika ditemui media selepas menyerahkan bantuan tersebut di Balai Raya Kampung Pohon Batu.
Sementara itu, Mohd Rafi ketika diminta mengulas mengenai bantuan tersebut berkata, Warga Labuan khususnya golongan B40 amat bersyukur kerana di bawah kerajaan Perpaduan menerusi KKDW tidak meminggirkan rakyat Labuan daripada menerima pelbagai bantuan.
“ Saya yakin dengan bantuan yang diterima oleh golongan B40 hari ini bukan sahaja dapat meningkatkan taraf ekonomi mereka tetapi juga sebagai individu yang berjaya dalam perniagaan yang mereka ceburi sekaligus membolehkan mereka keluar dari kepompong kemiskinan” katanya.



