26 C
Kota Kinabalu
Jumaat, November 7, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

KKDW peruntukan RM3.77 juta kepada Labuan  bagi melaksana  Program Pemerkasaan Institusi Pentadbiran Kampung Dan Komuniti Luar Bandar

SUZANA (duduk tengah) bersama Kepimpinan Komuniti Luar Bandar Dan JPKK yang hadir pada Klinik berkenaan.

LABUAN: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menyalurkan peruntukan sebanyak RM3.77 juta melalui Bahagian Komuniti Desa bagi melaksanakan Program Pemerkasaan Institusi Pentadbiran Kampung dan Komuniti Luar Bandar.

Menerusi program tersebut sebanyak 27 buah kampung di pulau ini menerima manfaat yang menyaksikan

19 kampung terpilih mengikuti program Pemerkasaan Kampung @ Local Champion yang menerima peruntukan keseluruhan sebanyak RM190,000.

Manakala 8 buah kampung terpilih untuk mengikuti Program Permentoran Desa dengan peruntukan keseluruhan RM140,000.

Menurut Ketua Pengarah Setiausaha (KPSU), Bahagian Komuniti Desa KKDW, Norashikin Mohammad, program tersebut bertujuan untuk menambah baik Dan memperkasakan tadbir urus pembangunan sosio ekonomi yang disasarkan kepada pemimpin komuniti termasuk Jawatan Pembangunan  Keselamatan Kampung (JPKK).

“Setiap Kampung yang terpilih mengikuti program Pemerkasaan Kampung akan menerima RM10,000, manakala kampung yang terpilih menyertai program Permentoran menerima RM17,000 serta Kampung Minti menerima peruntukan RM15,000.” katanya ketika ditemui media pada Program Klinik Pemerkasaan Kampung Dan Komuniti Luar Bandar yang diadakan disebush hotel di sini baru baru ini.

Hadir sama,  Pengarah KEMAS Wilayah Persekutuan, Suzana Idayu Abdul Shukor Dan Pegawai KEMAS Wilayah Persekutuan Labuan, Gilbert Julian.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN