31 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mac 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

KKDW peruntukan RM3.64 juta  untuk laksana pelbagai pembangunan rakyat

BERSALAMAN… Ahmad Zahid bersalaman dengan pelajar tahfiz setibanya di Masjid Sultan Abdullah Sungai Bedau.

LABUAN: Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan RM 3.64 juta untuk melasanakan pelbagai projek  pembangunan rakyat  Wilayah Persekutuan Labuan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, peruntukan itu  digunakan untuk pembangunan infrastruktur di bawah Projek Jalan Perhubungan Desa (JPD) dan Program Ameniti Sosial (PAMS) bernilai RM 1. 54 juta, dan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang diperuntukan sebanyak RM2.1 juta.

“Kita akan memperbanyakkan jalan jalan  di Labuan begitu juga dengan Program  Ameniti Sosial (PAMS) dan Program  Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) semua ini akan kita laksanakan bagi membantu keperluan dan kepentingan rakyat Labuan” katanya ketika berucap pada Majlis Iftar Santuni Kasih Ramadan yang diadakan di Masjid Sultan Abdullah Kampung Sungai Buton, dekat sini, pada Sabtu.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan dan Desa Wilayah (KKDW) turut memperuntukan RM 116,900 kepada Labuan untuk pembangunan komuniti dan RM 123,500 di bawah pendidikan kemahiran meliputi Program Sijil Kemahiran Malaysia-Penilaian Pencapaian Terdahulu ( SKM-PPT).

Sementara itu katanya, Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah menyediakan peruntukkan keseluruhan sebanyak RM1.37 untuk pembiayaan perniagaan dan RM65,000 bagi pembangunan usahawan.

Pada majlis itu beliau turut menyampaikan sumbangan Kasih Ramadan kepada 300 asnaf terpilih  dan 400 pelajar tahfiz.

Hadir sama pada majlis yang dihadiri lebih 2,000 komuniti itu ialah Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wadji, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Indera Suhaili Abdul Rahman dan Pengerusi Penasihat Giat Mara Labuan, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN