ADVERTISEMENTspot_img

KKDW luluskan peruntukan RM5 juta untuk Labuan tahun ini.

Mohd Rafi

LABUAN: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) tahun ini (2026) telah meluluskan peruntukan RM 5 juta untuk Labuan bagi melaksanakan pelbagai projek infra di pulau ini.

Menurut Pengerusi Penasihat Giat MARA Labuan Datuk Mohd Rafi Ali, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telahpun meluluskan peruntukan sebanyak RM 5 juta iaitu pertambahan RM 2 juta berbanding tahun sebelumnya sebanyak RM 3 juta.

“Peruntukan besar ini adalah bertujuan untuk membina jalan kampun baru, menaiktaraf jalan kampung yang sedia ada, menyelangara longkang, membaik pulih bangunan balai raya dan Masjid dan Sursu serta membina rumah PPRT yang akan dilaksanakan di 27 buah kampung”. katanya.

Beliau berkata demikian ketika di temui pemberita pada Majlis Iftar Ramadan Bersama UMNO di Desa Tunas Hijau baru baru ini.

Mohd Rafi yang juga Ketua UMNO Bahagian Labuan turut menzahirkan ucapan terima kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang telah pun bersetuju meluluskan peruntukan RM 5 juta iaitu tambahan sebanyak RM2 juta berbanding tahun sebelumnya RM3 juta.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN