26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Disember 2, 2023
ADVERTISEMENTspot_img

KKDW luluskan peruntukan lebih RM1.5 juta untuk pembangunan kampung di Labuan

TINJUAN…. Khairul (kanan sekali) bersama Mohd Rafi  ketika melawat keadaan rumah Hussin (dua kanan)  di Kampung  Sungai Buton.

LABUAN: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW)   telah meluluskan peruntukan   lebih  RM1.5 juta bagi melaksanakan  projek pembangunan kampung di pulau ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ahli Majlis  Kerja Tertinggi (MKT)  UMNO, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan kepada media selepas mengiringi Pengarah Jabatan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Wilayah Persekutuan dan Selangor, Khairul Nizar Khalid yang melakukan lawatan  untuk projek pembangunan kampung yang telah diluluskan oleh KKDW.

Mohd Rafi yang juga Ketua UMNO Bahagian Labuan berkata  peruntukan itu adalah untuk projek  pembinaan jalan kampung baharu  yang melibatkan 19 buah kampung serta pembinaan  lima buah rumah PPRT dan  20 buah projek menaik taraf rumah penduduk kampung.

Beliau menjelaskan sehingga hari ini sebanyak 50 peratus jalan  kampung yang telah diluluskan peruntukannya telahpun siap sepenuhnya, manakala bagi projek pembinaan rumah PPRT dan baik pulih rumah dijangka akan bermula dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, Mohd Rafi menzahirkan penghargaan terima kasih kepada  Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang telah meluluskan peruntukan tersebut untuk pembangunan luar bandar di pulau bebas cukai ini.

 “Saya mewakili warga Labuan amat berterima kasih kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah khususnya kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid  yang telah meluluskan peruntukan lebih RM1.5 juta  dan ingin saya maklumkan terdapat 19 buah kampung yang terlibat dalam pembinaan jalan baharu  dan pembinaan lima buah rumah PPRT serta  20 buah rumah untuk dinaik taraf menerusi peruntukan tersebut” katanya.

Sementara itu, dua  daripada lima penduduk kampung yang bakal menerima rumah PPRT baharu menzahirkan rasa terharu  dan besyukur kerana impian mereka  untuk mendapat rumah baharu yang lebih selesa  diluluskan oleh kerajaan.

Jainah Sabtu, 60, seorang asnaf  dari Kampung Sungai Miri menzahirkan rasa syukur  dan berterima kasih bukan sahaja kepada kerajaan tetapi juga kepada UMNO Bahagian Labuan yang telah bersungguh sungguh untuk membantu mendapatkan sebuah rumah yang lebih selesa.

“Sebelum ini saya  telah banyak memohon bantuan rumah daripada pelbagai agensi, namun tidak mendapat respon  sehinggalah keluarga kami hari ini dikhabarkan bakal mendapat rumah baharu oleh Datuk Mohd Rafi.” Katanya ketika dikunjungi oleh rombongan KKDW untuk melihat tapak rumah yang akan dibangunkan.

Sementara itu, seorang lagi asnaf dari Kampung Sungai Buton,  Hussin Ismail, 50 turut berkongsi kegembiran apabila pihak KKDW meluluskan peruntukan untuk membina rumah baharu (PPRT).

Ketika ini Hussin bersama isteri dan  dua anaknya terpaksa tinggal di sebuah rumah kecil yang dibina mengunakan pohon  bamboo dan kanvas mengucapkan terima kasih kepada UMNO Bahagian Labuan yang telah membantu untuk mendapatkan sebuah rumah baharu sebaik sahaja beliau memilik tanah yang diwarisi oleh keluarga beliau.

Turut sama bersama rombongan KKDW itu ialah Naib Ketua UMNO Bahagian, Datuk Khalid Ab. Ghani, Bendahari UMNO Bahagian, Musa Basman, Ketua Wanita UMNO Bahagian, Hajah Niswati Tarji, Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Saiful Pungot serta beberapa pemimpim UMNO empat peringkat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN