SEMPURNAKAN…Armizan menyempurnakan Gimik Program Servis Ihsan Madani sebagai simbolik bermulanya Program SIM@PAX sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini dengan mewarnakan poster Servis Ihsan Madani.
PAPAR: Kerajaan Madani di peringkat Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah komited dalam mengatasi kos sara hidup rakyat di negara ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata pelbagai program sudah dan sedang dilaksanakan oleh kedua-dua kerajaan ini untuk mengatasi beban rakyat.

SAMPAIKAN…Armizan menyerahkan cek mok kepada wakil peniaga Bazar Ramadan.
“Masalah kos sara hidup adalah masalah global namun demikian kerajaan Madani dan Sabah tidak membiarkan menghadapi masalah ini bersendirian tetapi pelbagai usaha dibuat oleh kerajaan untuk mengatasinya,katanya
Beliau menegaskan demikian ketika berucap merasmikan Program Servis Ihsan Madani@ Petronas AutoExpert (Sim Pax) Hari Raya Aidilfitri dan Program ikhlas Ramadan Bersama Gas Petronas di sini pagi kelmarin.
“Kerajaan tidak menyerahkan bulat-bulat masalah ini tapi kerajaan berusaha menanganinya dengan melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk pemberian bantuan Saraan Hidup Rakyat ( STR), Sara dan pemberian pelbagai bantuan terutama kepada golongan sasar oleh kerajaan Persekutuan dan Negeri Sabah” katanya.
Ahli Parlimen Papar itu berkata sebagai tambahan Kerajaan Negeri dibawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor juga melaksanakan Program SYUKUR untuk rakyat di negeri ini yang berdaftar dibawah E-Kasih.
Menurut beliau mereka yang layak menerima RM300 tunai setiap bulan untuk tempoh setahun untuk meringgankan beban hidup rakyat di Sabah.

BAKUL RAHMAH ..Salah seorang menerima Sumbangan Bakul Rahmah dan juga bantuan tunai daripada Armizan
Armizan berkata untuk program yang menyasarkan 100,000 orang rakyat miskin tegar dan miskin, Kerajaan Negeri membelanjakan RM358.5 juta untuk tahun ini sahaja dan dijangka meningkat tahun hadapan.
“Setakat ini lebih 72,000 yang layak telah menerimanya termasuk 1,544 dari Papar yang berpendapatan RM2,500 ke bawah,” tambahnya.
Armizan berkata pelbagai usaha akan diteruskan untuk mengatasi beban hidup rakyat ini termasuk oleh agensi dan badan-badan kerajaan Persekutuan dan Negeri melalui program amal dan kebajikan mereka ( CSR).
Pada majlis itu Armizan berterima kasih kepada Petronas yang mengadakan program rahmah dan CSR untuk membantu golongan sasar yang memerlukan.
Beliau berkata Program Servis Ihsan Madani yang dilancarkan pada tahun baharu Cina lalu amat baik kerana ianya lebih murah antara 10 sehingga 30 peratus kepada mereka yang membuat servis di enam buah Stesen Minyak Petronas di negeri ini.
Menteri itu juga berterima kasih kepada Petronas yang mengadakan Program Ikhlas Ramadan di mana Petronas akan memberikan 113 biji tong gas dan apron kepada para peniaga gerai di Bazar Ramadan di Papar.
“Usaha ini akan dapat membantu meringgankan kos perniagaan di gerai-gerai bazar sempena Ramadan ini yang semakin tahun semakin meningkat,” tegas Armizan.
Pada majlis itu juga Armizan menyampaikan 50 Bantuan Rahmah CSR MyIpo kepada penduduk Papar yang terpilih.
Semasa majlis itu Armizan juga melakukan gimik pelancaran program dan menyerahkan bantuan kepada wakil-wakil penerima.
Turut hadir di majlis itu Ahli Dewan Undangan Negeri Limbahau, Datuk Juil Nuatim, Pegawai Daerah Papar, Muhammad Bin Hj.Mohd Ali dan Datuk Rohaizi bin Bahari, Pengarah Kanan Sektor Perdagangan Pengedaran dan Perniagaan, KPDN.
Turut hadir sama Encik Adiratno bin Che Ani, Pengarah Bahagian Pembangunan Perniagaan, KPDN, Shahril Nizam bin Shahidin, Pengarah KPDN Negeri Sabah, Puan Azureen Azita Abdullah, Ketua Pegawai Operasi PETRONAS Dagangan Berhad, Puan Farzlina Ahmad Murad, Ketua Pegawai Kewangan PETRONAS Dagangan Berhad, Puan Siti Ayu Haniza Abdul Wahab, Pengurus Besar PETRONAS Sabah dan Labuan danEncik Mohd Zamer Zahur Hussain, Ketua Pegawai Eksekutif, PETRONAS Lubricants Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd serta tetamu jemputan dan orang ramai.



