26 C
Kota Kinabalu
Ahad, Mei 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kira-kira 10,000 orang hadir majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pengerusi Majlis MPN Sabah.

Datuk Dr Sangkar (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama Datuk Robert (kelima dari kiri) dan beberapa pemimpin dan pegawai kerajaan yang hadir.

KENINGAU: Hampir 10,000 orang terdiri pelbagai lapisan masyarakat dari seluruh negeri menghadiri majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Pengerusi Majlis Pimpinan Keadilan Negeri (MPN) Sabah , Datuk Doktor Sangkar Rasam di rumah kediaman keluarganya di sini baru-baru ini.

Pada majlis rumah terbuka ini orang ramai yang hadir turut berpeluang merasa pelbagai aneka juadah masakan termasuk masakan tradisional suku kaum Murut yang menjadi salah satu antara tarikan pada majlis rumah terbuka.

Selain itu, keunikaan pada majlis rumah terbuka Pengerusi MPN Datuk Dr Sangkar, ini turut diserikan menampilkan persembahan tarian kebudayaan mansayau suku kaum Murut Nabai dari Kampung Masak Keningau selain persembahan lagu-lagu tempatan.

“Inilah keunikkan rakyat kita disabah apa sahaja perayaan kita semua meraikannya secara bersama dan penuh harmoni selaras dengan apa yang dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim agar semua rakyat tanpa mengira status kedudukan mahupun agama perlu menghormati 3R (Kaum, Agama, Raja).” tegasnya ketika ditemui media.

Tambahnya lagi, majlis rumah terbuka raya ini merupakan wadah dalam mengeratkan lagi ukhuwah hubungan persaudaraan sambil dapat mengenali antara satu dengan yang lain.

Katanya lagi , beliau amat berterima kasih kepada semua tetamu yang hadir bagi memeriahkan majlis rumah terbuka raya kali ini dan berharap jalinan ini akan berterusan.

Turut hadir ke majlis ini, Pembantu Menteri Kerjaya Raya yang juga adun Bingkor Datuk Robert Tawik serta pemimpin-pemimpin setempat selain ketua jabatan persekutuan dan negeri .

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN