BERUCAP… Kinchin berucap pada majlis pelancaran jentera dan perasmian Pejabat PIS Pitas oleh Timbalan Presiden Kouta Muslim Rakman Sakmad sebelum kempen PRN ke17 bermula.
OLEH: A.JALIL MADARIN
PITAS: Ketua Bahagian Parti Impian Sabah (PIS) Bahagian Pitas Kinchin Boluot mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pengundi terutama 425 orang yang telah mengundi beliau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke 17 baru-baru ini.
Kinchin berkata, PIS Pitas telah ditubuhkan pada bulan Mei tahun 2024 dan bermula dari itu beliau mula mencari ahli dikalangan keluarga, sahabat serta rakan-rakan lain.
“Syukur pada Tuhan urusan dipermudahkan daripada 11 buah Pusat Daerah Mengundi (PDM) dalam Dun Pitas PIS menarik minat seramai 213 orang ahli membolehkan PIS Bahagian Pitas didaftar kepada ROS,” ujarnya.
Beliau menambah, ketika berkempen untuk meramaikan ahli PIS mendapat sambutan baik kerana perlembagaan PIS telah menetapkan setiap calon yang menang dan berkhidmat sebagai Wakil Rakyat dalam kerajaan dibenarkan hanya dua penggal sahaja memegang jawatan tersebut kemudian menyerahkan kepada rakan PIS yang lain.

TERUS BERJUANG… Mengabadikan gambar kenangan bersama perasmi, calon PIS Tandek Abel Pangair dan ahli jawatankuasa/jentera pilihan raya PIS Pitas.
Kedua, PIS turut menjamin hak MA63 disebar luaskan untuk mudah difahami oleh masyarakat majmuk negeri ini dan semasa jelajah ke seluruh PDM sokongan terhadap PIS bersemangat sehingga tercetus dibibir salah seorang yang hadir berkata, mengundi bukan kerana wang tetapi, matlamat dan perinsip yang menolak politik wang akhirnya PIS Pitas diantara yang kecundang pada PRN ke17 ini.
Apa pun tambahnya, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada Presiden Parti Impian Sabah Michel Alok kerana telah memberi ruang dan peluang untuk beliau membuka cawangan di daerah Pitas seterusnya mengizinkannya dipilih sebagai calon pada PRN ke17 baru-baru ini.
Katanya, walau pun tewas pada PRN kali ini tidak bermakna beliau kalah dan jatuh tersungkur sebaliknya ini adalah sebagai pengalaman untuk dijadikan modal/ilmu dalam mendepani pilihan raya yang akan datang dan akan meneruskan agenda perjuangan untuk mencapai hasrat PIS di Dun Pitas.
Ketika ditemui media dalam satu acara sederhana Kinchin 65, menjelaskan salah satu sebab mengapa PIS berjuang kerana mahu melihat tadbirurus berasaskan integriti dan kembalikan maruah dan hak asasi rakyat dan tidak berkompromi tentang rasuah ini salah satu agenda PIS dan Impian Pitas merupakan kuasa rakyat.
Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Sabah dengan kabinet yang baru dibentuk dan menjadi harapan agar agenda memajukan negeri ini khasnya di Pitas ditadbir dengan lebih telus dan berintegriti menjamin kapasiti pembangunan sosio-ekonomi inklusif serta ketelusan membantu berlandaskan meritokrasi (merit).



