RANAU : Biro Sukan Kampung Kilimu akan menganjurkan Kejohanan Sepak Takraw Tertutup bagi merebut Piala, Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin.
Kejohanan akan diadakan pada 19 dan 20 bulan ini bertempat di Gelanggang Sepak Takraw Kampung Kilimu. Sepak mula bermula jam 8.00 hingga selesai selepas perasmian.
Menurut Pengerusi Penganjur Kefly Sutian, (gambar) Kejohanan tersebut dibuka kepada para peminat sukan takraw di daerah ini.
“Kejohanan ini menggunakan format sistem liga kumpulan iaitu kumpulan akan dibahagikan kepada 8 kumpulan.
“Bagi pusingan pertama, semua pasukan akan diundi bagi menentukan kedudukan masing-masing. Tiap kumpulan hanya dua pasukan sahaja yang layak ke perlawanan pusingan kedua (round of 16).
“Mengenai sistem kiraan, mata akhir 15 dan jika perlawanan berlanjutan ke tiebrake maka kiraan mata akhir 15 dan sekiranya permainan masih juga berlanjutan maka mata 18 akan jadi penentu kemenangan. Menang Street set akan diberi mata 3-0, manakala menang tiebreak akan diberi mata2-0.
“Bagi syarat pemain, setiap regu hendaklah terdiri daripada 4 orang pemain dan 1 orang pengurus pasukan (pengurus tidak boleh bermain). Jika hanya ada 4 orang dalam satu pasukan maka seorang daripadanya adalah pengurus dan boleh bermain,” katanya kepada Borneo Daily Bulletin, hari ini.
Kefly berkata, bagi syarat pemain, pemain yang pernah mewakili SUKMA, STL, PIALA EMAS KHIR JOHARI, SUPERSERIES, NEGERI DAN NEGARA tidak dibenarkan bermain atau menyertai kejohanan ini.
Katanya lagi, yuran pendaftaran bagi setiap pasukan ialah RM80.00 sahaja dan perlu dibayar selewat-lewatnya sebelum atau pada 17/2/2022.
“Penyertaan akan ditutup pada jam 10.00 malam. Setiap pasukan perlu menghantar seorang wakil untuk undian menentukan kumpulan pada 18/2/2022, jam 3.00 petang di gelanggang berkenaan.
“Mana-mana pasukan yang tidak dapat menghantar wakil untuk cabut undi pada hari yang ditetapkan hendaklah memaklumkan kepada pihak penganjur supaya boleh diwakilkan oleh penganjur kejohanan,” jelasnya.
Tambahnya lagi, pasukan yang menjadi johan akan menerima hadiah RM1000. Naib (RM600), Ketiga (RM400) dan Keempat (RM200). Penganjur juga akan menyediakan hadiah kepada pemenang Individu Terbaik bagi kategori Apit Kanan, Apit Kiri dan Tekong.
Beliau menambah, tujuan pertandingan ialah untuk memberi peluang para peminat sukan takraw menunjukkan bakat dan kemahiran bermain. Mereka seterusnya boleh diketengahkan sebagai wakil daerah ke kejohanan luar daerah.
Sebarang pertanyaan dan bantuan boleh menghubungi beliau di talian (0166404574), Donny (0145722203), Rostina (0174825401) atau Zamri (01151524193).



