GIMIK…Acara memotong kek disempurnakan dari kiri: Majus, Jonathan dan Sairidi.
RANAU: Khidmat bakti, jasa serta pengorbanan para pesara jabatan kerajaan sama ada kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri atau swasta akan tetap dikenang dan disanjung tinggi ,kata Ahli Parlimen P.179 Ranau, Datuk Jonathan Yasin.
Beliau berkata, sumbangan para pesara tidak akan dilupakan kerana mereka punya peranan telah menjadi pelaksana kemajuan dalam kontek pembangunan negara.
“Justeru jangan mudah melupakan perkhidmatan mereka walaupun sudah bersara daripada jawatan yang disandang selama berkhidmat, tegas Jonathan ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Hari Krismas 2024 dan Tahun Baru 2025 anjuran Pesatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Cawangan Ranau di Dewan Belia daerah, di sini baru-baru ini.
Jonathan memuji jawatankuasa penganjur kerana berupaya mengelola majlis itu dengan jayanya setiap tahun.
Menurutnya, para pesara pendidikan telah banyak memainkan peranan sepanjang perkhidmatan bagi membentuk sasiah diri pelajar ke arah yang lebih positif agar menjadi anggota masyarakat berguna kepada keluarga, bangsa dan negara.

KOIR KRISMAS…Para pesara wanita bersama Jonathan.
Jonathan seterusnya menyeru dan mencadangkan kepada pesara pendidik itan supaya mencatat pengalaman indah yang diperoleh selama bertugas sebagai rujukan dan kenangan manis apabila sudah bersara.
“Catatan pengalaman indah itu walupun di catat pada sehelai kertas namun amat penting untuk renungan dan rujukan pada masa akan datang”, tegasnya sambil meluluskan peruntukan bejumlah RM10,000 untuk membiayai aktiviti persatuan.
“Bagaimana pun peruntukan ini dijangka akan dapat di peroleh pada bulan April tahun ini.
“Diharapkan sumbangan tersebut dapat membantu meringankan beban kewangan yang mungkin menjadi kekangan persatuan pesara pendidikan cawangan Ranau mengendalikan program atau aktiviti yang memberi menafaat kepada para ahlinya”, tambah Jonathan
Turut berucap ialah, Pengerusi Jawatankuasa penganjur, Majus Munsing (mantan Pegawai Pendidikan daerah Ranau) dan Pengerusi Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan cawangan Ranau, Haji Saridi Bin Ahmad (mantan Pengetua SMK.Lohan Ranau) serta dihadiri lebih 80 orang pesara
Hadir sama ialah Pengerusi Persatuan Pesara Jabatan kerajaan Negeri Sabah, cawangan Ranau, Amin Bin Abd.Hamid, Cik Farehah Binti Junian mewakili Pegawai Daerah Ranau, Sabin Sinusun mewakili Pegawai Pendidikan Daerah Ranau para wakil daripada ADUN Kundasang, ADUN Karanaan dan ADUN Paginatan.
Majlis turut diserikan dengan persembahan oleh para Pesara Wanita yang mengajak Datuk Jonathan untuk bersama mendendanglan lagu Koir Krismas dan Tahun Baru. Majlis bertambah seri dengan acara ‘Memotong Kek’ Hari Krismas dan Tahun Baru disempurnakan oleh Datuk Jonathan, Majus dan Saridi



