ADVERTISEMENTspot_img

Khaled saksikan penghantaran sebuah Pesawat pejuang FA-50M TUDM pertama dari Korea Selatan

Khaled bersama Pesawat Pejuang FA-50M pertama TUDM ketika tiba di Pangkalan Udara TUDM Labuan.

LABUAN; Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, menyaksikan penghantaran sebuah buah pesawat pejuang ringan FA-50M pertama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Korea Selatan yang melakukan transit di Pangkalan Udara Labuan sebelum meneruskan penerbangan ke Pangkalan Udara Kuantan.

Pada majlis itu, Khaled diberikan taklimat mengenai keupayaan pesawat FA-50M dan penghantaran di Malaysia, sebelum meninjau pesawat serta berinteraksi bersama juruterbang yang terlibat dalam penerbangan berkenaan.

Taklimat disampaikan oleh Pegawai Memerintah No. 15 Skuadron, Mejar Mohd Jamil bin Awang TUDM.

Khaled berkata, penghantaran pesawat FA-50M bukan sekadar memperkukuh keupayaan pertahanan udara negara, malah menjadi pemangkin pembangunan modal insan TUDM melalui latihan dan penguasaan teknologi penerbangan tempur bagi melahirkan generasi juruterbang pesawat pejuang masa hadapan yang berkemahiran tinggi.

“Pesawat ini akan ditempatkan di Pangkalan Udara Kuantan bagi menyokong kesiapsiagaan operasi dan latihan TUDM”, katanya kepada media selepas menyaksikan penghantaran dua buah pesawat FA-50M di Pangkalan Udara TUDM Wilayah Persekutuan Labuan, disini, pada Jumaat.

“Perolehan ini merupakan perkembangan penting dalam usaha meningkatkan keupayaan ketenteraan negara dan mempertahankan kedaulatan tanah air.

“ia  juga bagi menyokong pembangunan keupayaan jangka panjang TUDM menerusi Pelan Pembangunan Keupayaan 2055 atau dikenali sebagai CAP55,” katanya.

Beliau berkata, perolehan 18 buah pesawat FA-50M daripada Korea Aerospace Industries (KAI), Korea Selatan, bernilai hampir RM4 bilion di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12), merupakan sebahagian daripada usaha pemodenan aset Tentera UdaraDiraja Malaysia (TUDM).

Baki 17 buah pesawat dijadualkan diterima secara berperingkat sehingga tahun 2028.

Katanya, Inisiatif ini selaras dengan Teras 1 Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) 2026–2030 yang menekankan pengukuhan kesiapsiagaan dan keupayaan pertahanan negara.

“Pemodenan aset yang disokong pembangunan kepakaran anggota akan meningkatkan keberkesanan operasi TUDM dalam mempertahankan kedaulatan ruang udara serta melindungi kepentingan strategik negara”, jelasnya.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan; Datuk Lokman Hakim bin Ali; Panglima Tentera Udara; Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM serta pegawai kanan ATM dan awam.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN