Robert memotong riben sebagai tanda rasminya penyerahan lot tanah itu kepada JPKK Kampung Matanoi.
KENINGAU:Kampung Matanoi bakal memiliki bagunan balai raya atau mini dewan apabila termeterainya perjanjian persetujuan pemilik tanah Puan Dorine Julius.
Puan Dorine telah menandatangani surat perjanjian penyerahan tanah itu dalam satu majlis yang dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin pada Isnin lepas.
Surat perjanjian itu turut ditandatangani oleh tiga orang saksi iaitu Ketua Anak Negeri (KAN) Bernard Michael, Ketua Kampung Kampung Matanoi Raimin Utod dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Matanoi Puan Cecilia Juakim.
Pada majlis itu Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya menyampaikan sumbangan dana kepada JPKK Kampung Matanoi yang diterima oleh Puan Cecilia bagi tujuan pengurusan tanah yang dicadangkan sebagai tapak pembinaan Balai Raya atau Mini Dewan Kampung.
“Kampung Matanoi yang sudah wujud sejak sekian lama tidak memiliki bangunan Balai Raya menyebabkan segala aktiviti komuniti tidak dapat dilakukan dengan sempurna”
“Melihat keadaan ini, kita telah berusaha mencari lot tapak melalui perbincangan dengan pengerusi JPKK dan seorang pemilik geran bagi tujuan tersebut”
“Setelah kesepakatan dan persetujuan dicapai, maka pada hari ini komuniti Kampung Matanoi kini memiliki lot tapak untuk tujuan pembinaan Bangunan Mini Dewan atau pun Balai Raya” jelas Robert
Majlis yang diadakan di tapak lot tanah itu telah berjalan dengan lancar, walaupun keadaan cuaca kurang mengizinkan pada pagi hari berkenaan
Hadir sama pada majlis itu, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Junior Fred Vincent, KAN Mukim Apin-Apin Bernard Michael, WKAN Alex Amik, Edward dan Sarudin Kinsil, KK Raimin Utod, KK Johnny Udih, Pemaju Mukim Apin-Apin Dennis Joakim, Pemaju Mukim Bingkor George Dairie, Ketua Wiranita STAR Bahagian Bingkor Puan Jennefer Epil, Timbalan Ketua Bahagian STAR Bahagian Bingkor Robert Paulus dan Naib Ketua Bahagian Maximus Joanes.