29 C
Kota Kinabalu
Khamis, April 24, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Kewajipan menjaga  kebersihan sungai  tanggungjawab semua-Bashir

GAMBAR: GIMIK… Bashir (tiga dari kiri) bersama, Junaddi (dua dari kiri), Trinil (dua dari kanan), Gwen (kana sekali) dan Suhaimi.

LABUAN: Kewajipan  menjaga kebersihan dan pencemaran  sungai bukan sahaja terletak dibawah tanggungjawab agensi kerajaan tetapi ia juga tanggung jawap kepada semua termasuk pihak swasta dan orang ramai.

Demikian kata, Pengerusi Perbadanan Labuan, Senator Datuk Bashir Alias ketika berucap merasmikan Program Hari Sungai Sedunia dan 90 Tahun Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) peringkat Wilayah Persekutuan Labuan yang diadakan di sini, pada Sabtu.

Justeru itu, Bashir yang juga Ahli Dewan Negara menyeru kepada semua pihak  untuk sama sama memikul tanggungjawab dalam memelihara dan memulihkan sungai khususnya di pulau bebas cukai ini.

Katanya, sungai memainkan banyak peranan dalam kehidupan manusia, flora dan fauna selain  itu sungai yang bersih dan indah  juga berpotensi  mencetuskan pembangunan ekonomi dan pelancongan.

“Seperti yang kita maklum, sumber air utama Labuan adalah dari Sabah, sekiranya bekalan air  dari Sabah terputus, sungai-sungai dan tadahan air yang ada adalah menjadi harapan kita.

“Sehubungan itu adalah penting  bagi kita menjaga kebersihan sungai dan jauhi pencemaran sungai daripada berlaku” katanya

Sementara itu, program yang dianjurkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Wilayah Persekutuan itu turut mendapat sokongan daripada  Perbadanan Labuan, Jabatan Alam Sekitar, Bahagian bekalan Air Labuan, Pejabat Metrologi, Indah Water Konsortium Sdn. Bhd  dan Rakan Alam Sekitar.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah program mengutip sampah, pengumpulan buangan elektronik dan elektrikal (e-waste).

Hadir sama, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran, Junaddi Awang Tuah, Pengarah Bahagian Bekalan Air, Trinil Indah Puspita, wakil Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Gwen Dolyne Christoper dan Pengurus Indah Water Konsortion Sdn. Bhd, Suhaimi Barawit.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN