24 C
Kota Kinabalu
Rabu, Disember 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Ketua Puteri Umno Keningau lakukan kunjungan kehormat kepada Pembantu Menteri Kerja Raya.

Zati merakamkan gambar kenangan bersama Robert dalam kunjungan hormat itu.

KENINGAU:Ketua Puteri Umno Bahagian P.180 Keningau Siti Noor Zati Kamelah Binti  Sairin telah melakukan kunjungan kehormat kepada Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @Nordin di Pejabat ADUN N.40 Bingkor kelmarin.

Kunjungan tersebut yang julung-julung kali diadakan selepas pembentukan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah adalah   bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan dan kerjasama dalam pelaksanaan program program kerajaan di kawasan Bingkor. 

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor yang mengalu-alukan kunjungan hormat Ketua Puteri Umno Keningau itu berkata, kunjungan seumpama ini amat bermakna kerana ia dapat mengeratkan hubungan antara parti-parti gabungan dalam GRS.

Katanya, sebagai wakil rakyat di kawasan ini beliau  melahirkan rasa terima kasih diatas kunjungan hormat ini.

“Ini adalah satu petanda yang baik bagi GRS di Bahagian Keningau untuk menghadapi PRU 15 nanti” jelasnya.

Menurut Robert, kerjasama parti-parti komponen dalam GRS adalah amat penting bagi memastikan kemenangan Perikatan Nasional (PN)pada PRU 15 yang diramal selepas Ogos. 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN