35 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Jun 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

KETUA-KETUA CAWANGAN STAR DUN PAGINATAN DISERU PERTINGKAT KEAHLIAN BARU – DATUK ABIDIN MADINGKIR

Penyerahan borang pembentukan cawangan oleh Yairman Anjimin kepada Datuk Abidin

RANAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N38 Paginatan, YB Datuk Abidin Madingkir menyeru semua Ketua-Ketua Cawangan Parti STAR di DUN Paginatan agar meningkatkan usaha untuk mencari keahlian baru.

Semua Cawangan Parti STAR yang dibentuk di kawasan DUN N38 Paginatan merupakan penggerak jentera parti untuk mempertingkatkan keanggotaan parti bagi memantapkan parti STAR sebagai sebuah parti tempatan yang kukuh di Negeri Sabah.

Berucap semasa merasmikan Pembentukan Cawangan Parti STAR yang ke 78 di Kampung Rumantai baru-baru ini, Datuk Abidin berkata, adalah penting keahlian baru dipertingkatkan lebih awal bagi membolehkan parti ini sentiasa relevan dan terus menjadi pilihan rakyat berbilang kaum.

Sebahagian penduduk Kampung Rumantai semasa melaungkan ‘TATAP STAR’

“Salah satu kelebihan parti STAR ialah ia sebuah parti tempatan dan kekuatan Presiden STAR yang sentiasa konsisten memperjuangkan hak rakyat negeri termasuk isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) mengenai tuntutan hak 40% hasil Sabah. Konsistensi ini adalah satu mekanisme parti untuk terus memperjuangkan isu berkenaan walaupun kini berada sebahagian daripada komponen GRS sebagai sebuah kerajaan yang memerintah negeri ini,” katanya.

 “Sasaran kita adalah para belia yang berumur 18 tahun. Jumlah pengundi di DUN N38 Paginatan sebelum ini ialah 15600 dan pada tahun lalu angka ini telah meningkat lebih 24 ribu selepas pendaftaran secara automatik para belia berumur 18 tahun. Ini bermakna pengundi di DUN N38 Paginatan telah bertambah lebih 9 ribu. Angka ini adalah terget kita,’ katanya.

“Syabas kepada semua pengerusi cawangan STAR DUN Paginatan khususnya di Kampung Rumantai dan tahniah juga kepada ahli-ahli baru STAR yang telah menyerahkan borang keahlian pada hari ini. Misi kita ialah memulihkan hak dan merealisasikan Sabah Maju Jaya. Kita perlu menerangkan misi ini kepada generasi muda agar mereka dapat memahami, menyokong dan bersama-sama memperjuangkannya. Justeru itu peranan dan tanggungjawab mendampingi mereka kita berikan kepercayaan kepada semua ketua dan ahli jawatankuasa cawangan parti di setiap kampung,” katanya.

Turut hadir di majlis itu ialah Setiausaha Bahagian STAR DUN Paginatan, Juis Konsuling, Ketua Anak Negeri (KAN) Dualis Porodtong, Ketua Anak Negeri (KAN) Sawalin Zakaria dan Ketua Daerah, OKK Muhasip Haji Ruman.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN