BANCIAN…. Cik Shaliza (barisan depan tiga dari kiri) bersama Ketua Ketua Kampung yang hadir Program Badudun Kitani@Banci.
LABUAN Seramai 18 Ketua Kampung di pulau ini telah menyertai Program Badudun Kitani@Banci anjuran Pejabat Operasi Jabatan Perangkaan Malaysia Wilayah Persekutuan yang diadakan di Dewan Mahkamah Syariah di sini, baru-baru ini.
Menurut Ketua Pejabat Operasi, Jabatan Perangkaan Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan, Cik Shaliza Mohd Hasli @ Bob program tersebut bertujuan memberi penerangan proses Bancian Fasa Kedua secara bersemuka yang telah pun bermula sejak 23 Febuari lalu sehingga 30 Jun 2021 di semua tempat kediaman di seluruh Wilayah Persekutuan Labuan.
Ketika berucap pada program itu, Shazila meminta semua Ketua-Ketua Kampung di pulau ini memainkan peranan dalam memastikan penduduk di kawasan masing-masing dapat memberikan kerjasama kepada petugas Banci yang datang ke rumah dengan memberikan maklumat dan data yang tepat untuk dijadikan input perancangan pembangunan negara pada masa hadapan.
“ Dengan adanya data yang tepat, masa depan negara dapat ditentukan, disusun bagi memastikan perancangan pembangunan masa depan negara dapat dirancang dengan baik” katanya.



