25 C
Kota Kinabalu
Ahad, Oktober 6, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Ketua Adat perlu menjadi duta kecil kepada kerajaan: Kong

KONG (gambar)…Peranan selaku Pemimpin Masyarakat perlu dimainkan dengan penuh komited

KOTA KINABALU: Pemimpin Masyarakat (Ketua Adat) perlu menjadi duta kecil kepada kerajaan negeri Sabah untuk menjalankan tugas dengan amanah.

Ketua Wiramuda Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Kong Soon Choi berkata, kenaikan elaun yang diumumkan oleh Ketua Menteri baru-baru ini mencerminkan keperihatinan kerajaan terhadap kebajikan para pemimpin masyarakat untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Peranan selaku Pemimpin Masyarakat perlu dimainkan dengan penuh komited kerana kerajaan telahpun memberikan keistimewaan menerusi kenaikan elaun yang sewajarnya. Peranan kita sama seperti seorang duta kecil bagi melancarkan segala urusan masyarakat”. Katanya.

Dalam pada itu, Kong yang juga Pengerusi Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (KO-NELAYAN) berkata, sistem tatakelola yang lebih efektif dimainkan pemimpin masyarakat membantu merealisasikan aspirasi Sabah Maju Jaya (SMJ).

Tegasnya, keputusan kerajaan menaikkan elaun sehingga 48 peratus bagi jawatan-jawatan ketua adat di Sabah menunjukkan kerajaan optimis ingin melihat sistem penyampaian lebih efisyen untuk memperkasakan hal ehwal adat istiadat.

“Justeru, nadi utama kepada pemerkasaan sistem adat istiadat di negeri Sabah terletak dibahu ketua-ketua adat yang perlu dimainkan secara lebih efisyen dan seiring dengan perubahan semasa kehidupan masyarakat”. Katanya.

Pada Ahad, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor dalam satu kenyataan berkata, seramai 3963 pemimpin masyarakat di Sabah akan mendapat kenaikan elaun bulanan sehingga 48 peratus bermula September ini.

Katanya, kenaikan elaun bulanan itu m membabitkan Ketua Daerah dinaikkan kepada RM 3,500 daripada RM 2,700, (29.6 Peratus), Ketua Anak Negeri kepada RM 2,500 daripada RM 1,700 (47.1 Peratus), Wakil Ketua Anak Negeri kepada RM 1,300 daripada RM 900 (44.4 Peratus), Ketua Kampung dan Kapitan kepada RM 1,200 daripada RM 700 (71.4 Peratus).

Langkah itu akan memberi manfaat kepada 57 Ketua Daerah, 272 Ketua Anak Negeri, 648 Wakil Ketua Anak Negeri, 2,810 Ketua Kampung dan 176 Kapitan diseluruh negeri.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN