25 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Disember 2, 2023
ADVERTISEMENTspot_img

KESESAKAN ATAS FERI KENDERAAN MEMBAHAYAKAN ORANG AWAM .

KEADAAN kenderaan yang diletakkan didalam feri berkenaan  begitu sempit.

LABUAN: Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kadazandusun (KCCI) Labuan menerima banyak aduan daripada orang awam mengenai kenderaan yang diletakkan terlalu rapat sehingga menjadi sesak di atas feri yang membawa kenderaan dari   Labuan ke Menumbok.

Keadaan  itu menyebabkan berlaku kesesakan yang teramat teruk sehingga pintu kenderaan tidak boleh dibuka dari dalam dan keadaan ini boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna yang teperangkap dalam kenderaan.

Pengerusi KCCI  Labuan, Paul Ipoh Leukin berkata, kejadian tersebut berlaku pada 30  lalu  apabila sebuah feri kenderaan yang dijadual bertolak dari Labuan ke Menumbok jam 8.30 pagi  terlewat sehingga jam 9 pagi disebabkan feri berkenaan masih menerima kenderaan  menyebabkan ruang yang ada di dalam feri berkenaan menjadi sempit. 

“KCCI Labuan kesal dengan keadaan tersebut kerana ianya bukan sahaja menyebabkan  berlakunya ketidak keselesaan kepada kepada pengguna feri kenderaan malah boleh  mengancam keselamatan pengguna jika berlaku kecemasan di mana penumpang akan terperangkap dalam kenderaan” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, kesesakan menjadi begitu genting sehingga penumpang yang ingin duduk di ruang penumpang atau hendak ke bilik air tidak dapat  keluar dari kenderaan mereka kerana kedudukan kenderaan antara satu sama lain terlalu rapat.

Paul  berkata,  kendudukan kenderaan yang terlalu rapat  telah menimbulkan tanda tanya sama ada terjadi lebih muatan kepada feri berkenaan atau sebaliknya.

Paul Ipoh Leukin

Berikutan kejadian itu,  pihak KCCI menyeru kepada pihak beerkuasa  yang berkaitan supaya mengambil tindakan tegas untuk memastikan keadaan kesesakan yang berlaku keatas setiap feri kenderaan  yang melakukan perjalanan Labuan- Menumbok atau sebaliknya tidak berulang

Pengusaha feri dan pihak berwajib mempunyai tanggungjawab  untuk memastikan keselamatan pengguna sentiasa terjamin bagi  mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini  berlaku.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN