26 C
Kota Kinabalu
Ahad, November 9, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Kesedaran orang ramai terhadap kepentingan Vaksin penting

Dr.Edwaider (kiri) bersama rakan sejawatnya merakam gambarĀ  semasa bertugas di Dewan Masyarakat Ranau.

Oleh: Jainuddin Nasir

RANAU: Kesedaran orang ramai terhadap kepentingan Program Imunisasi Vaksin kebangsaan adalah amat penting bagi melindungi diri, keluarga dan komuniti daripada jangkitan Covid-19 yang kini masih belum berakhir.

Pegawai Perubatan Jabatan Kesihatan Ranau, Dr.Edwaider Koimon berkata, kesedaran orang ramai harus ada dan tidak terpengaruh dengan viral melalui media sosial yang tidak pasti kesahihannya.

“Kita mengharapkan kesedaran itu bagi memutuskan rantaian  Covid-19 yang memang sukar dilihat dengan mata kasar”, jelas Dr.Edwaider ketika ditemui di Dewan Masyarakat Ranau, lokasi program Imunisasi (suntikan Vaksin Covid-19) melibatkan 479 orang lagi hari ini (16 Jun).

“Apa yang penting sekarang semua orang perlu mendapat suntikan  sama ada vaksin jenis Pfizer atau Sinovac sebagai antibodi daripada penularan Covid-19.

“Pastikan juga semua orang membudayakan kehidupan Norma Baharu terutama mengamalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter antara individu,  sering membasuh tangan dengan air dan sabun (sanitizer), memakai pelitup separuh muka (facemask) dan tidak mengunjugi lokasi ramai orang”, tambah Dr.Edwaider.

Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN