25 C
Kota Kinabalu
Ahad, Oktober 6, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kesan negatif ketagihan gajet


RANAU: Ketagihan gajet di kalangan masyarakat, khususnya generasi muda boleh menyebabkan kesan negatif terhadap mental dan fizikal sekiranya tidak dibendung dengan segera.


Pengarah Hospital Ranau, Dr Eva Candra Susanti Bt Suhaili (gambar) berkata, kesan negatif yang ketara boleh dilihat dalam bentuk kesihatan fizikal seseorang itu yang semakin lama semakin merosot.


“Aspek kesihatan fizikal seperti terjejas tahap penglihatan iaitu yang berkait rapat dengan risiko rabun jauh berlaku di kalangan mereka yang menghabiskan masa yang lama di hadapan skrin.


“Selain itu, mereka juga lebih cenderung stay di rumah untuk bermain gajet dibanding dengan keluar beriadah. Ini boleh menyebabkan obesiti, lesu dan tidak cergas,” katanya.


Menurut Dr Eva, akibat bermain dalam masa yang tidak terkawal, ia juga membahayakan sehingga mengganggu masa tidur dan rehat secara langsung menyebabkan hari-hari ke hadapan tidak productive kerana letih dan mengantuk.


Dari sudut yang lain katanya, kesihatan mental juga menjadi kerisauan kerana terdapat banyak permainan-permainan video game yang berunsurkan keganasan dimainkan oleh mereka yang ketagihan gajet.


“Begitu teruk kesan dari aspek ini sehinggakan terdapat insiden di mana remaja-remaja terpengaruh dengan permainan tersebut dan bertindak melakukkan perkara yang sama di dunia nyata.


“Anak-anak yang sudah ketagih juga menunjukkan tanda-tanda reaksi yang melampau sekiranya diberhentikan menggunakan gajet sepeti membantah, teriak, memukul dan sebagainya,” kata beliau.


Sehubungan dengan itu, Dr Eva memberi beberapa nasihat penting kepada ibu bapa, golongan muda dan masyarakat tentang isu ini agar ia dapat dibendung selagi belum terlambat.


“Jangn biasakan penggunaa gajet kepada anak-anak dari usia mereka masih muda lagi kerana ia akan menjadi sesuatu amalan dan kebiasaan yang akan dibawa sehingga usia lanjut.


“Ibu bapa atau penjaga mestilah memantau applikasi yang di download atau video-video yang ditonton oleh anak-anak, terutama melalui YouTube kerana banyak juga unsur negatif yang terdapat melalui laman tersebut.


“Perlu hadkan masa dengan gajet. Aturkan masa makan, masa tidur, masa riadah dan masa belajar anak-anak supaya mereka tidak terus-menerus bermain dengan gajet,” kata beliau.


Dr Eva turut menyarankan agar ibu bapa atau penjaga membawa anak-anak mereka pergi beralan-jalan ke luar untuk kurangkan masa dengn gajet atau wifi, sekaligus dapat mengeratkan hubungan family.



ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN