Suspek dihadapkan ke Mahkamah Sesyen untuk permohonan reman
LABUAN: Seorang penjawat awam di sini ditahan reman empat hari bermula hari ini (Khamis) kerana disyaki menyalahguna kuasa dengan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan kerja kerja forwarding bagi syarikat milik isterinya bernilai RM20, 000.00
Perintah reman sehingga 28 Julai 2025 dikeluarkan oleh Majistret Kasyfurrahman Abang Ahmad selepas permohonan dibuat oleh pihak SPRM di Mahkamah Sesyen Wilayah Persekutuan Labuan, hari ini.
Menurut sumber, suspek seorang lelaki berumur Lingkungan 50an itu ditahan kira kira 5.40 pada Rabu ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Labuan.
Siasatan awal suspek disyaki melakukan perbuatan itu antara 2023 hingga 2024.
Sementara itu, Pengarah SPRM Labuan, Muhammat Azis bin Malmod mengesahkan tahanan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.



