33 C
Kota Kinabalu
Khamis, September 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

KES HARIAN COVID-19 DI SABAH MENINGKAT, MELEPASI ANGKA 2000

KOTA KINABALU: Kes harian covid-19 di Sabah hari ini melepasi angka 2,000, iaitu 2,103 kes, dengan peningkatan 375 berbanding 1,728 kes semalam,16 Ogos 2021.

Daripada jumlah itu, Kota Kinabalu kekal penyumbang kes terbanyak iaitu 467 kes, dengan tambahan 106 kes. Tuaran menambah 51 kes dengan 200 kes baharu, Keningau naik 96, Tenom naik 52 dan Ranau menambah 26 kes baharu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Masidi Manjun berkata, daerah-daerah yang mencatat kes yang tinggi hari ini ialah Tawau (255) kes, Sandakan (208) kes, Penampang (135) kes, Lahad Datu (78) kes dan Kota Belud (71) kes.

Katanya, daripada 2,103 kes hari ini, 1,243 kes atau 58.4% merupakan Saringan Kontak Rapat, 532 kes atau 25.3% adalah daripada Saringan Bergejala dan 161 kes atau 7.7% adalah daripada kluster-kluster sedia ada.

“Seperti semalam pesakit dalam Kategori 2 merupakan kumpulan terbanyak dengan 969 kes atau 46.1%, Kategori 1, 582 kes atau 27.7%, Kategori 3, sembilan 9 kes, Kategori 4 dan 5 masing-masing mencatatkan tiga 3 kes.

“Seluruh daerah di Negeri Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif COVID19 yang terus meningkat dan dengan jumlah catatan sebanyak 1,243 kes daripada Saringan Kontak Rapat,

“Dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan,” katanya dalam kenyataan harian, hari ini.

Sementara itu, Masidi yang juga jurucakap Covid-19 Sabah, memberitahu setakat semalam, 47.3% penduduk dewasa Sabah telah pun memperolehi satu dos vaksin dan 23.6% melengkapkan kedua-dua dos.

Jelas Masidi, semalam Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) juga telah memberi (administer) 52,992 dos vaksin.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN