24.2 C
Kota Kinabalu
Isnin, Jun 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Kerjasama ibu bapa dan guru medium terbaik memastikan peranan dan fungsi komuniti PIBG

PPM Junior Fred Vincet(kanan)menyampaikan sumbangan bagi pihak YB Datuk Robert Tawik kepada YDP PIBG SK Bunga Raya Encik Japrin Thomas disaksikan Guru Besar Dr. Pranchis Andin.

KENINGAU :Kerjasama padu ahli Persatuan Ibubapa dan Guru  (PIBG) adalah medium terbaik dalam memastikan peranan dan fungsi komuniti PIBG dalam bersama memastikan kecemerlangan pendidikan dapat dikecapi bersama oleh warga sekolah,ibubapa dan murid.

Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Robert Tawik dalam teks ucapannya sempena perasmian mesyuarat Agung Tahunan kali ke-40 Sekolah Kebangsaan Bunga Raya  berkata pada era digital masa kini, peranan PIBG telah meluas tidak sekadar mengadakan mesyuarat, gotong-royong tetapi lebih meluas lagi terutama dalam membantu menjayakan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PDPR) yang sedang dilaksanakan dalam pasca Pelan Pemulihan Negara (PPN)menghadapi Pendemik Covid19.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tuan Junior Fred Vincent. 

Andin.Dr. Pranchis Andin (tengah) menyampaikan cenderamata kepada PPM Junior Fred Vincet(kanan)bagi pihak YB Datuk Robert Tawik sempena majlis itu.

Beliau yang juga ADUN N.40 Bingkor berkata , kerjasama murni ibubapa dapat membantu warga pendidik mengatasi pelbagai cabaran norma baharu pendidikan terutama apabila berhadapan dengan keperluan kemudahan capaian internet yang masih lagi menjadi cabaran utama.

“ Saya yakin dan percaya cabaran dan masalah capaian internet ini berlaku kepada seluruh sekolah dimana sahaja, namun pihak kementerian berwajib tentunya sudah mengenalpasti jalan penyelesaian kelak, bagi kita ibubapa saya harap terus bergandingbahu menjayakan apa juga program sama ada dilaksanakan secara bersemuka kelak atau secara maya”katanya. 

Sementara itu, Guru Besar SK Bunga Raya Dr Pranchis Andin berkata warga pendidik sentiasa berusaha dengan kerjasama baik ibubapa bagi memastikan aktiviti PDPR berjalan mengikut jadual dengan menggunakan pelbagai medium penyampaian yang sesuai. 

Pada masa sama, katanya Norma Baharu persekolahan kini telah menjadi amalan semua pihak yang terus memberi sokongan terhadap pelaksanaan dan penguatkuasaan SOP pencegahan penularan pendemik Covid19 selaras dengan arahan dan garispanduan pihak Kementerian berkaitan dari masa kesemasa.

Mesyuarat yang dilaksanakan dua hala  iaitu sebahagian ibubapa hadir secara Maya dan sebahagian lagi bersemuka berjalan lancar mengikut SOP yang telah ditetapkan. 

Pasa Mesyuarat itu, Japrin Thomas dipilih semula sebagai Yang DiPertua PIBG SK Bunga raya sesi 2021-2022,  Puan Matinah Mupin  sebagai Setiausaha manakala Puan Malinah Mupin sebagai Bendahari dan mengekalkan sebahagian besar AJK kecil 2019-2020.

Sempena majlis itu juga, pihak PIBG SK Bunga Raya menerima sumbangan RM1000 daripada YB Datuk Robert disampaikan wakilnya PPM Tuan Junior Fred Vincent, seterusnya membuat lawatan  meninjau keperluan penaburan batu jalan raya laluan staf masuk ke kawasan sekolah yang rosak akibat hujan beberapa minggu lalu.-Ends

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN