30 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Kerja-kerja pemasangan ‘temporary box culvert’ giat dijalankan, dijangka siap kurang 14 hari.

GIAT DIJALANKAN…Kontraktor Lintasan Resources  Sdn.Bhd sedang memasang kotak pembentung.

RANAU: Kerja-kerja pemasangan pembentung (temporary box culvert) di laluan jalan putus dekat River Side Mart, yang terputus akibat banjir, kini sedang giat dijalankan.

Tinjauan media di lokasi mendapati, kontraktor Lintasan Resources  Sdn.Bhd sedang bekerja keras menyiapkan jalan tersebut sejak 6 Januari lalu.

Menurut Lintasan, sebanyak 20 buah ‘box culvert’ akan dipasang dilaluan yang terputus dan mengambil masa lebih-kurang 14 hari untuk disiapkan.

“Kerja-kerja pembaikan setakat hari ini mencapai kemajuan lebih 30 peratus dan dijangka siap lebih awal dari masa yang ditetapkan bergantung kepada keadaan cuaca semasa,” kata Lintasan.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah, Haji Arman Abd Muin, berkata, untuk mengatasi masalah jalan putus di lokasi itu berulang, sebuah ‘bailey bridge’ akan dipasang sebagai ‘temporary diversion’.

“JKR Sabah telah memaklumkan dan memanjangkan cadangan tersebut kepada Kementerian Kerja Raya Malaysia pada hari ini selaku pemilik aset jalan persekutuan'” jelas Arman, ketika ditemui Borneo Daily Bulletin, di lokasi kejadian, Khamis lalu.

Dalam kejadian lebih-kurang 9.40 malam pada 4 Januari lalu, pembetung di kawasan KM 109.378, Jalan Kota Kinabalu – Sandakan, runtuh dan jalan terputus akibat hujan lebat berterusan pada hari itu.

Susulan kejadian itu, laluan tersebut telah ditutup untuk semua jenis kenderaan seteruanya menjadikan Jalan Sinarut Baru – Tagudon Baru Tagudon – Gereja SIB Pekan, sebagai laluan alternatif.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN