31 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mac 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Kerja-kerja naik taraf sistem tali air berdekatan Taman Khazanah Indah, jalan masuk ke Kg. Bolos perlu segera dilaksanakan

Tinjau Kawasan…James bersama Ir.Siraja dan Syahzarul meninjau laluan ke Taman Khazanah Indah dan Kg.Bolos yang sering dinaiki banjir ketika musim hujan.

LAHAD DATU: Kerja-kerja menaiktaraf sistem tali air berdekatan Taman Khazanah Indah dan jalan masuk ke Kampung Bolos perlu segera dilaksanakan bagi mengurangkan risiko banjir kilat ketika musim hujan.

Menegaskan perkara itu, Pembantu Menteri Pertanian Dan Perikanan I Negeri Sabah, Datuk James Ratib berkata, beliau akan mengemukakan cadangan tersebut dalam kadar segera kepada Ketua Menteri Sabah dan Menteri Pertanian Dan Perikanan Negeri agar projek itu dilaksanakan secepat mungkin.

“Pembinaan tebatan banjir di sekitar kawasan masuk ke taman perumahan dan kampung itu perlu dilaksanakan kerana menyusahkan kehidupan rakyat khasnya ketika musim hujan”. Tegasnya ketika membuat lawatan dikawasan tersebut pada Rabu.

Kawasan sekitar Taman Khazanah Indah Lahad Datu yang sering dinaiki banjir ketika musim hujan.

James berkata, beliau akan mengarahkan pegawai Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) di kementeriannya untuk meneliti keperluan bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan termasuk kos yang diperlukan.

Kedua-dua kawasan berkenaan didiami sekitar 1500 orang penduduk yang kebanyakannya berulang-alik ke Bandar Lahad Datu menggunakan laluan yang sering dinaiki air ketika musim hujan akibat limpahan air daripada parit berdekatan yang spesifikasinya perlu diperbesarkan.

Turut serta dalam lawatan itu adalah Ir. Siraja Bashora, Timbalan Pengarah Pembangunan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sabah dan Syahzarul Rizal Joddari, Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran Tawau.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN