31 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kerja-kerja kecemasan membaiki landasan kereta api di tiga lokasi dijangka siap dalam tempoh 2 bulan

Landasan kereta api Tenom – Pangi.

KOTA KINABALU:Kerja-kerja kecemasan bagi membaiki landasan kereta api di KM114 Rayoh, KM124 Pangie dan KM130 sedang berjalan dan dijangka siap dalam tempoh dua (2) bulan. 

Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, landasan tersebut telah mengalami kerosakan dari segi washout, mudslide dan tebing runtuh disebabkan oleh bencana banjir pada 20-23 Mei 2021 dan telah menjejaskan perkhidmatan keretapi di sektor tersebut. 

Robert…..Berharap penduduk terlibat bersabar.

“Berikutan kerosakan itu JKNS telah menyediakan Inspection Trolley (IT) sebanyak sebuah di Rayoh dan sebuah di Pangi yang berfungsi untuk menggantikan perkhidmatan tren penumpang. IT sahaja yang boleh lalu di kawasan landasan yang rosak tersebut dari tempat asal ke KM135 sebelum menaiki DMU dari KM135 hingga ke Pekan Tenom” katanya mengulas rakaman video yang berdurasi 2 minit satu saat yang tular di media sosial.

Walau bagaimanapun katanya, kapasiti penumpang IT hanya untuk 6 – 8 orang sahaja. IT ini juga akan sentiasa bersedia sebagai pengangkutan penduduk bagi hal-hal kecemasan selama 24 jam.

Beginilah keadaan gambar yang tular di media sosial.

“Tambahan IT ke kawasan terjejas sedang diusahakan. IT ini beroperasi mengikut jadual perkhidmatan sediakala keretapi Rayoh – Tenom setiap hari dengan mematuhi SOP KKM yang sedia ada” jelasnya.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor berharap penduduk yang terlibat dapat bersabar kerana pihak JKNS sedang bertungkus lumus untuk menyelesaikan dan memperbaiki landasan agar kembali berfungsi seperti sediakala.

Pada masa sama Pembantu Menteri itu juga berharap pihak kontraktor pelaksana akan dapat membuat kerja realignment dan memindahkan landasan sementara dapat dilaksanakan dengan segera agar perkhidmatan seperti biasa dapat beroperasi. 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN