Robert (depan tiga dari kiri)bersama Arthur (dua dari kiri)dan rombongan semasa meninjau kerja awalan jambatan kekal itu.
KENINGAU:Kerja awalan pembinaan jambatan kekal di Jalan Keningau – Tambunan berhampiran Kampung Liau yang terputus akibat bencana alam pada tahun lalu sudah bermula.
Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik berkata, peruntukan untuk pembinaan jambatan kekal sepanjang 30 meter itu telah diluluskan dan kerja-kerja awalan sudah pun dimulakan dan kerja-kerja fizikal yang lebih berat akan bakal menyusul.
“Kita berharap pembinaan jambatan ini akan berjalan dengan lancar dan siap mengikut spesifikasi yang ditentukan serta siap seperti yang dijadualkan demi kepentingan pengguna yang melalui jalan ini” katanya selepas meninjau kerja awalan pembinaan jambatan kekal itu bersama dengan Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Arthur Joseph Kurup hari ini.(Jumaat).
Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor berkata apabila jambatan kekal itu siap kelak ia akan memudahkan pengguna terutama pemandu-pemandu kenderaan berat yang sekarang ini terpaksa menggunakan jalan alternatif.
Pasa masa masa sama Robert berterima kasih kepada Datuk Arthur dan pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas usaha dan kerjasama yang diberikan sehingga lulusnya peruntukan untuk pembinaan jambatan kekal ini.