29 C
Kota Kinabalu
Rabu, Disember 4, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kerajaan sentiasa mengutamakan perkhidmatan kesihatan yang terbaik untuk rakyat

Deckson menerima cenderakenangan daripada pihak penganjur program

NABAWAN: Kerajaan sentiasa mengutamakan perkhidmatan kesihatan yang terbaik untuk rakyat di negara ini yang merangkumi masyarakat di luar bandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin berkata, banyak inisiatif berkaitan kesihatan yang dilaksanakan oleh kerajaan pada ketika ini.

“Sehubungan dengan ini saya menyeru kepada semua pihak sambutlah segala alternatif atau nasihat, saranan dan cadangan kerajaan khususnya daripada pihak kesihatan terutama berkaitan  dengan penjagaan kesihatan agar kesihatan masyarakat sentiasa terjaga” katanya.

Ghani yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) berkata demikian dalam ucapan perasmian Program Saringan Pra Kanser dan Kanser Mulut anjuran bersama Klinik Pergigian Nabawan, Pejabat Klinik Pergigian Kawasan Keningau dan Persatuan Sukarelawan Kanser Sabah di Kampung Malampoi dekat sini baru-baru ini.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Nabawan Deckson Anthony Andipai.

Ghani dalam ucapannya turut menyentuh bahawa beliau akan sentiasa mendengar  dan menyuarakan isu-isu berkaitan dengan sistem kesihatan khususnya bagi daerah Nabawan.

Walau bagaimanapun katanya, masyarakat di daerah mestilah bekerjasama untuk menjaga kesihatan dan peka daripada sebarang ancaman penyakit. 

Mengenai program itu Ghani berharap  agar ia memberi manfaat kepada penduduk seluruh  di daerah ini. 

“Semoga objektif dan sasaran program ini dapat dicapai untuk kesejahteraan semua pihak, terutama mengenai dengan manfaat aspek kesihatan diri” katanya.

Menyentuh mengenai dengan pemeriksaan pra kanser dan kanser mulut Ghani berkata,  ia amat penting untuk keselamatan dan kesihatan masyarakat kerana melaluinya tahap kesihatan dapat diketahui.

Justeru itu katanya, adalah menjadi kewajiban bagi setiap individu untuk menitikberatkan kesihatan diri sendiri.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN