31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Oktober 6, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

KERAJAAN PERSEKUTUAN LULUS PERUNTUKAN RM7.2 JUTA BINA  JAMBATAN BAHARU SUNGAI LIAU.

Arthur (tengah)bersama rombongan semasa meninjau tapak pembinaan jamnatan itu.

KENINGAU:Kerajaan Peraekutuan melalui Kementerian Kerja Raya Malaysia telah meluluskan peruntukan sebanyak RM7.2 juta bagi pembinaan Jambatan Sungai Liau, Keningau yang baharu di KM117.100 Jalan Kota Kinabalu-Keningau-Tenom.

Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, kerja-kerja awalan pembinaan jambatan tersebut telah bermula. Manakala kerja-kerja fizikal di tapak akan bermula dalam masa beberapa bulan sahaja lagi. 

“Jambatan yang diluluskan itu adalah jenis steel girder bridge sepanjang 30 meter mengikut spesikasi jalan jenis R4 bagi menampung jumlah trafik yang tinggi pada setiap hari”

“Jambatan kekal yang baharu ini dibina bagi menggantikan box culvert yang ada sebelum ini.  Pembinaan jambatan ini akan dapat mengurangkan risiko jalan terputus sepertimana yang berlaku sebelum ini” jelasnya.

Katanya lagi, pengguna jalan raya dinasihatkan untuk terus bersabar semasa tempoh pembinaan kerana mungkin akan berlaku ketidakselesaan jalan raya yang hanya bersifat sementara.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN