29 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Kerajaan perlu bertindak segera selesaikan masalah air di Labuan : Mohd Rafi.

LABUAN: Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan (gambar) mengesa kerajaan supaya bertindak segera menyelesaikan isu  bekalan air yang kerap terputus bekalan sejak sekian lama sehingga menjadikan  penduduk Labuan menyalahkan  Bahagian  Bekalan Air (BBA)  yang gagal menangani masalah air di pulau ini.

Beliau berkata, masalah paip air yang sudah usang lebih 30 tahun  serta masalah pam yang kerap rosak adalah punca utama terputusnya belakan air di pulau ini.

“Saya  tidak mahu menyalahkan sesiapa dalam hal ini… tetapi saya amat mengharapkan kerajaan dan pegawai kerajaan yang berkaitan dapat menyelesaikan  masalah ini dengan seberapa yang segera”  katanya dalam satu kenyataan ringkas di sini, kelmarin.

Tambahnya, pihak berwajib perlu menyediakan kertas kerja tindakan jangka panjang dan pendek untuk menyelesaikan permasalahan ketiadaan air di Labuan.

“Ini katanya,  bagi memastikan rakyat Labuan  tidak menderita seperti yang berlaku sejak beberapa hari yang lalu.

“Saya amat sedih  dan merasa agak kecewa dengan masalah  bekalan air yang kerap terputus, ini kerana air adalah keperluan asas setiap manusia,  apatah lagi  ia berlaku ketika umat Islam sedang menghadapi bulan Ramadan untuk berpuasa” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata,  UMNO Bahagian Labuan tidak akan berhenti  menyuarakan dan mencari jalan bagi menyelesaikan masalah air yang membelungu rakyat Labuan dapat   diselesaikan dengan kadar yang segera.

Untuk rekod, pada 20 Mac lalu, Pengarah Bahagian Bekalan Air  (BBA) Labuan, Trinil Indah Puspita  telah mengeluarkan notis berkaitan kerosakan Papan Kawalan Utama (Resistant Bank) yang terbakar  berpunca dari litar pintas mengakibatkan berlakunya ganguan bekalan air hampir  seluruh kampung di Labuan.

Ketiadaan  alat ganti dalam simpanan, menyebabkan BBA terpaksa menunggu  alat ganti dari Kuala Lumpur yang memakan masa  agak panjang untuk tiba di Labuan  

Bagaimanapun kerosakan tersebut berjaya dipulihkan semula pada malam kelmarin dan proses penyaluran  air ke beberapa tangki  imbangan mula beroperasi untuk disalurkan  kepada pengguna yang terlibat secara beransur-ansur.

Dalam perkembangan yang sama Mohd Rafi menasihatkan kepada BBA supaya sentiasa mempunyai simpanan apa juga alat ganti yang bersangkutan dengan loji air.

“Kalau di Sabah atau di Semenanjung  mereka boleh pinjam antara satu sama lain… tetapi jika loji air di Labuan rosak… sama siapa kita mahu pinjam” jelasnya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN