32 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Februari 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kerajaan memperkasakan pendekatan pendigitilan untuk merealisasikan Jalinan Digital Negara.

MENERIMA KAD PENGENALAN…Jonathan menyerahkan kepada Kamiah Binti Ampadon 69.

RANAU: Kerajaan telah memperkenalkan dasar bekerja dari rumah bagi sektor  awam dan swasta untuk melindungi rakyat tanpa mengenepikan tanggungjawab untuk bekerja, dengan sebab itulah juga kerajaan memperkasakan  pendekatan pendigitilan melalui peruntukan berjumlah RM21 bilion yang dilaburkan dari tahun 2020 hingga 2023 untuk merealisasikan Jalinan Digital Negara (JENDELA), jelas Timbalan Menteri II, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia, yang juga Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin.

Menurutnya, usaha itu diharapkan akan dapat menambah baik capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi.

Kerajaan juga katanya,  akan memperuntukan dana tambahan bagi pelaksanaan automasi,  pendigitilan dan penggunaan  teknologi Industri 4.0 seperti kecerdasan buatan, analitik data raya dan robotik.

Jonathan menjelaskan demikian ketika berucap pada  Program Malaysia Prihatin di Tapak Bangunan  Solar  Kg.Timbua Ranau dan keesokannya di Dewan Mini Kg.Paginatan baru-baru ini yang dihadiri ratusan penduduk.

Jonathan menjelas, dalam menangani pandemik Covid-19, kerajaan serius untuk menyelamatkan nyawa dan memelihara kesejahteraan hidup rakyat menjadi satu keutamaan dengan sebab itu kerajaan mengambil pendekaatan yang responsif, dinamik lagi inklusif melalui Strategi 6R yang tersusun iaitu,  Resolve (ketegasan), Resilience (ketahanan), Resart (memulakan semula), Recovery (pemulihan), Revitalise (memperkasa) dan Reform (menyusun semula).

“Sehubungan itu, kerajaan telah memperkenalkan beberapa pakej termasuklah Pakej Rancangan  Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin),  Prihatin PKS Tambahan,  Pelan Jana Semula Ekonomi  Negara (PENJANA), Kerangka Inisiatif Tambahan Khas (Kita Prihatin) dan Pakej Bantuan Perlindungan ekonomi dan  Rakyat Malaysia (Permai) dengan nilai keseluruhan  RM320 bilion”, jelas Jonathan.

Beliau  menegaskan, kerajaan terus melaksanakan pelbagai inisiatif yang diperlukan bagi menjamin kesejahteraan rakyat, memastikan kelangsungan perniagaan bagi menyokong pemulihan  ekonomi menerusi  starategik memperkasa rakyat dan Ekonomi atau PEMERKASA bernilai RM20 bilion yang akan mumpukan kepada 20 inisiatif startegik untuk terus melonjakkan pertumbuhan  ekonomi, menyokong perniagaan dan meneruskan bantuan bersasar kepada rakyat dan sektor yang masih terkesan akibat pandemik  Covid-19.

Menyentuh  pengisytiharan Darurat pada 11Januari 2021,  adalah menurut Perkara 150(1) Perlembagaan Persekutuan bagi seluruh negara berkuat-kuasa mulai 11 Januari 2021 hingga 1 Ogos 1 Ogos 2021 membolehkan  ordinan dimasyurkan di bawah  Fasal (2B) perkara 150 bagi memperuntukkan kuasa-kuasa perlu untuk mengekang dan menghalang daripada berlakunya penularan wabak Covid-19 dengan lebih serius di negara ini.

Menurutnya,  sehingga13 Mac 2021, sebanyak empat (4) Ordinan telah diwartakan termasuklah, Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 memperuntukan kuasa-kuasa perlu kepada kerajaan untuk menguruskan darurat Covid-19, Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan penyakit berjangkit) (Pindaan)2021 untuk menengani pandamek Covid-19 dengan lebih cekap dan berkesan, Ordinan, Ordinan Darurat (Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan kemudahan Pekerja) (Pindaan) 2021 bagi menambah baik pengurusan penginapan pekerja asing dan Ordinan Darurat kuasa-kuasa Perlu (No.2) 2021 khusus bagi menangani  berita tidak benar berkaitan Covid-19.

Sempena program itu di Kg.Timbua seramai 100 orang  terdiri dari keluarga asnaf menerima sumbangan daripada Ahli Parlimen Ranau (Jonathan) dan seorang lagi  OKU di Kg.Bongkud menerima Kad Pengenalan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah diserahkan oleh Jonathan disaksi para pegawai JPN Sabah.

Program itu di Dewan Mini Paginatan berakhir dengan sesi dialog bersama penduduk.

Hadir sama pada program itu ialah Pegawai Daerah Ranau, Syahrin Bin Samsir, Ketua Polis Daerah Ranau, DSP.Sammy Newton dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Ramlan Bin Harun.

              

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN