Pegawai JaPen Ranau, Kenny Thomas (Kiri) menyampaikan cendarahati kepada Jonathan diperhatikan yang lain.
KUNDASANG: Kerajaan amat komited dan serius memastikan pengurusan semasa krisis pandemik Covid-19 dengan efisen dan holistik, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Jonathan Yasin.
Menurutnya, selain pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memperincikan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi semasa fasa-fasa PKP, kerajaan juga telah mengeluarkan laporan harian berkenaan Covid-19 di Malaysia melalui media Massa supaya maklumat yang tepat dan jelas dapat diberikan kepada rakyat menunjukkan keprihatinan dan ketelusan kerajaan dalam mengendalikan sesuatu situasi bagi mengekalkan penularan berita palsu.
Selain pelaksanaan PKP kerajaan juga telah melaksanakan pelbagai strategik termasukalah, Kawalan Sempadan Negara, pematuhan PKP di kawasan strategik seperti kilang, tapak pembinaan, menggubal ordinan baharu dan pindaan kepada akta-akta berkaitan, melaksanakan sanitasi awam, melaksanakan Sekatan jalan Raya (SJR) dan Kuarantin Wajib serta saringan bersasar.
Dari Kiri: Datuk Musa, Jonathan dan Alexander merakam gambar kenangan.
“KDN selaku antara barisan hadapan kerajaan berperanan utama bagi memastikan pematuhan PKP terhadap Akta pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dengan pendekatan telah diberi keutamaan seperti Kawalan Sempadan dari pencerobohan pendatang asing tanpa izin, Penguat-kuasaan terhadap pematuhan arahan PKP semasa, penambah baikan terhadap pusat-pusat tahanan sedia ada dan Kawalan kemasukan warga asing di pintu-pintu masuk negara”, jelas Jonathan ketika berucap pada majlis Program Malaysia Prihatin Kementerian Dalam Negeri di Dewan Kem Wawasan Negara Kundasang baru-baru ini.
Pandemik Covid-19 katanya, telah menjejaskan pelbagai sektor khususnya sektor Ekonomi apabila premis-premis Perniagaan terpaksa ditutup, ada yang kehilangan pekerjaan dan situasi ini menyebabkan peningkatan kadar pengangguran selain berlaku keciciran dalam kalangan pelajar sekolah kerana tiada kemudahan untuk pembelajaran.
“Situasi seperti ini belum pernah kita alami sebelum ini, dan kerajaan terpaksa membuat perhitungan dengan mengambil keputusan yang terbaik untuk kepentingan rakyat mengambil kira faktor nyawa dan ekonomi menjadi pertimbangan yang amat kritikal.
“Rakyat juga terpaksa mengamalkan kehidupan Norma Baharu seperti mengamalkan penjarakan sosial, memakai Pelitup Separuh Muka, sentiasa mencucui tangan dan menggunakan aplikasi MySejahtera.
Menurut Jonathan, kerajaan juga memperkenalkan dasar bekerja dari rumah bagi sektor awam dan sewasta bagi melindungi rakyat tanpa mengenepikan tanggungjawab untuk bekerja. Kerajaan akan memperkasakan pendekatan pendigitilan melalui peruntukan sebanyak RM21 bilion yang dilanjutkan dari tahun 2020 hingga 2023 untuk merealisasikan Jalinan Digital Negara (jendela) dengan harapan usaha itu menambah baik capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi dan Dana tambahan lagi bagi pelaksanaan automasi pendigitilan dan penggunaan Teknologi Industri 4.0 seperti kecerdasan buatan , analitik data Raya dan robotik.
Menyentuh Proklamasi Darurat, Jonathan memaklumkan ia merupakan Penguat-kuasaan yang lebih tegas bagi membolehkan kerajaan mengoptimumkan sumber yang ada bagi membendung penularan Covid-19.
“Oleh sebab keadaan yang agak membimbangkan maka Pengisytiharan Darurat pada 11 January 2021”,dilaksanakan tegas Jonathan.
Antara ratusan Pegawai dan kakitangan kerajaan yg menghadiri program tersebut.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Ranau memaklumkan program Malaysia Prihatin yang dilaksanakan Kementerian Dalam Negeri (KDN), mampu meningkatkan perapaduan dan permuafakatan dikalangan Pegawai KDN dengan Jabatan serta agensi kerajaan.
Jonathan menyifatkanya sebagai wadah meningkatkan persaudaraan sedia terjalin dikalangan mereka sekaligus memantapkan lagi tanggungjawab serta peranan masing-masing mempastikan keselamatan dalam Negeri sentiasa terjamin.
Jonathan seterusnya, berterima kasih atas kehadiran ramai anggota Rela, PDRM, kakitangan kerajaan dan para pemimpin masyarakat meskipun masih dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi mengekang pandemik Covid-19 yang masih belum berakhir.
.Hadir sama ialah, Ketua Polis Daerah Ranau, DSP.Sammy Newton, Setiausaha Bahagian Kepanjaraan Anti Dadah dan Rela Datuk Musa Bin Sulaiman, Penolong Pegawai Daerah Ranau (Pembangunan), Alexander Liew dan lebih 100 anggota Rela Daerah Ranau dan Kundasang.