25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kerajaan komited mengangkat isu-isu gender: Robert Tawik

Robert semasa berucap merasmikan webinar gender itu.

KOTA KINABALU: Kerajaan komited mengangkat isu-isu gender dengan mewujudkan pelbagai usaha mengarus perdana kesaksamaan gender untuk meningkatkan kemajuan wanita seiring golongan lelaki.

Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik berkata usaha Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) dapat memberi ruang sama rata kepada wanita untuk maju dan terlibat dalam pembangunan seperti kaum lelaki. 

“Kerajaan melakukan pelbagai usaha mengarus perdana kesaksamaan gender agar pencapaian golongan wanita dan lelaki berjalan beriringan,” katanya.

Robert berkata demikian ketika merasmikan Webinar Gender Dalam Pembangunan Luar Bandar Zon Keningau di Wisma Wanita JHEWA di sini baru-baru ini. 

Menurutnya, dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), Sabah tetap mengutamakan pembangunan sama rata di antara gender dengan menambah peruntukan JHEWA untuk melaksana pelbagai program latihan.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor menzahirkan rasa syukur di atas pelaksanaan program peringkat Zon Keningau itu yang bertujuan memberi kesedaran, kepekaan dan kefahaman tentang isu-isu gender.

Robert menghargai usaha Pengarah JHEWA Sabah Rusnah Kuyung dan Pejabat Daerah Keningau di atas inisiatif menganjurkan program berkenaan.

Robert seterusnya mencadangkan agar program berkenaan dimasukkan dalam kalender tahunan untuk memberi ruang kepada pelbagai lapisan masyarakat untuk memahami kesaksamaan gender.

Program dua hari itu melibatkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Ketua Kampung dan Ketua Masyarakat daerah Keningau.

Robert berharap kalangan peserta akan lebih peka terhadap keperluan dan kepentingan pembangunan infrastruktur berteraskan gender.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN