Jabat ( dua dari kiri)menyampaikan.bantuan kepada wakil penduduk. Turut kelihatan Emran (kanan).
Oleh:Marutin Ansiung
NABAWAN:Kerajaan GRS terus komited membantu penduduk kampung yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Hari ini Pejabat Kebajikan Masyarakat dan Pejabat ADUN N.46 Nabawan menyampai bantun bakul makanan kepada penduduk di Kampung Murni C salah satu kampung di daerah ini yang dikenakan PKPD.
Rombongan yang mewakili ADUN Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin diketuai oleh Penolong Pegawai Pembangunan Daerah (ADDO)Nabawan Jabat Majilon bersama dengan Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat Nabawan Emran Majali.
Kelihatan staf dari Pejabat ADUN N.46 Nabawan dan Pejabat Kebajikan Masyarakat Nabawan memungga beras yang akan diagih-agihkan kepada penduduk Kampung Murni C.
Kelmarin bantuan yang sama disampaikan kepada penduduk Kampung Pulutan Sepulut yang dikenakan PKPD lebih awal.
Selain Kampung Pulutan dan Murni C yang dikenakan PKPD, Kampung Indah turut kenakan PKPD berikutan wujudnya kluster Indah di kampung itu.