29 C
Kota Kinabalu
Khamis, April 24, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Kerajaan disaran cari kaedah ubah sistem penanaman dan penuaian padi: Wiramuda STAR

TINJAUAN…Kong membuat tinjauan sawah padi penduduk kampung di Kg.Lintuhun, Ranau

RANAU: Pergerakan Wiramuda Star Sabah menyarankan kepada kerajaan agar mencari kaedah untuk mengubah sistem penanaman dan penuaian padi yang diusahakan penduduk kampung dibeberapa daerah agar lebih sistematik dan moden.

Ketuanya, Kong Soon Choi berkata, ramai petani padi seperti di daerah Ranau, Tambunan, Keningau dan Tenom masih mengusahakan sawah padi mereka secara tradisional dan menggunakan peralatan lama seperti penggunaan sabit dan kayu celucuk untuk menuai dan menanam padi.

“Amalan ini telah turun-temurun digunakan para petani di daerah-daerah Pedalaman. Ia bukan sahaja memakan masa panjang untuk menyiapkan sawah padi mereka, malah terlalu memenatkan”. Jelasnya.

Kong turut menambah, kawasan penanaman padi masih terikat pada cara lama dimana penggunaan petak-petak kecil yang kadang-kala menyukarkan sistem pengairan.

Tanah sawah padi milik penduduk kampung yang masih menggunakan petak-petak kecil dan diusahakan secara teknik tradisional.

Tegasnya, para petani juga akan memakan masa yang terlalu lama untuk menyiapkan hanya satu petak sawah padi untuk proses penanaman hingga penuaian.

“Mungkin ada kaedah lebih moden dan memudahkan para petani agar kualiti dan jumlah keluaran padi dapat dipertingkatkan seperti mana kaedah moden di sesetengah daerah seperti di Kota Belud dan Papar”. Jelasnya ketika melawat kawasan sawah padi penduduk di Kg.Lintuhun, Ranau pada Selasa.

Jelasnya lagi, kementerian disarankan mengadakan ceramah-ceramah khas kepada pesawah padi dan menerangkan mereka kelebihan-kelebihan menanam padi tanpa menggunakan petak-petak kecil sebaliknya terus membuka kawasan yang lebih luas dengan hanya menabur benih padi tanpa melalui proses penyemaian, mencabut semai sebelum di tanam.

Mesin pemotong padi yang moden dan mampu mengeluarkan hasil padi yang lumayan kepada petani. -gambar hiasan

Katanya, dalam masa sama kementerian juga boleh menyediakan jentera pemotong padi mengikut jumlah yang sesuai untuk disewa oleh petani sewaktu musim menuai agar proses itu lebih cepat dan mudah.

Tinjauan dilapangan mendapati beberapa kawasan sawah padi disekitar daerah Ranau, Tambunan, Keningau dan Tenom ketika ini masih ramai petani mengamlkan teknik tradisional dan memakan masa agak lama untuk proses penanaman dan penuaian padi.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN