32 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Februari 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

KERAJAAN BAHARU FOKUS BANGUNKAN NEGERI DAN RAKYAT

Bung Moktar bersama Adun Karambunai, Datuk Yakub Khan (kanan) dan Adun Sukau, Datuk Jafry Ariffin berucap di hadapan penyokongnya di kediamannya di Luyang

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, kerajaan negeri yang baharu akan memberi tumpuan untuk memajukan negeri dan rakyat selepas diberi mandat pada pilihan raya negeri beberapa hari lepas.

Menurut beliau, perkara itu akan menjadi keutamaan kerajaan dalam usaha untuk memperbaiki taraf hidup rakyat.

“Ia termasuk usaha memulihkan keadaan ekonomi negeri ketika ini,” katanya ketika berucap di hadapan para penyokong di kediamannya di Luyang.

Bung Moktar yang juga Menteri Kerja Raya berkata, pihaknya mahu rakyat supaya melupakan politik kerana ia sudah berlalu.

Katanya, sekarang masa untuk melupakan politik sebaliknya mengorak langkah untuk membangunkan rakyat dan negeri.

“Perkara ini menjadi fokus utama kerajaan yang baharu selain akan melaksanakan initipati manifesto yang dijanjikan kepada rakyat semasa pilihan raya,” katanya.

Bagaimanapun Bung Moktar berkata, usaha itu akan mengambil masa untuk direalisasikan.

“Berikan kami masa dan peluang,” ujarnya.

Bung Moktar ketika berucap kepada para penyokong yang hadir untuk memberi sokongan dan semangat kepada beliau.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah dan Ketua Umno Sabah berharap kerajaan yang baharu ini akan dapat berfungsi dengan baik dan mampu melakukan yang terbaik kepada rakyat.

Mengenai tanggungjawabnya di Kementerian Pembangunan Infrastruktur, Bung Moktar menambah, pihaknya akan memberi perhatian terhadap keadaan jalan-jalan raya di luar bandar dengan berusaha untuk menaiktarafkannya

“Kita juga akan meneliti jalan-jalan yang tidak dilaksanakan dengan baik oleh kerajaan sebelum ini agar ia dapat disempurnakan untuk kebaikan rakyat,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN