32 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Keprihatinan warga Ranau bantu barisan hadapan tangani Covid-19 semakin terserlah.

Sepanduk dan Kain Rentang yang didirikan disekitar Pekan Ranau.

RANAU: Keperihatinan masyarakat di Daerah Ranau dalam membantu pihak berkuasa menangani penularan Wabak Covid 19 semakin terserlah dengan wujudnya beberapa sepanduk dan kain rentang yang tertera saranan dan nasihat memutuskan rantaian wabak maut itu.

Tinjauan disekitar Pekan Ranau mendapati, terdapat beberapa sepanduk dan kain rentang didirikan oleh orang awam yang prihatin mengenai saranan memberikan kerjasama dengan pihak berkuasa untuk memutuskan rantaian penularan Covid 19 dikalangan masyarakat. Sepanduk dan kain rentang berkenaan tertera perkataan yang menyeru agar masyarakat menyedari betapa bahayanya wabak Covid 19 selain mengingatkan masyarakat agar terus bekerjasama membenteras wabak tersebut melalui pematuhan SOP yang digariskan.

Sebahagian lagi sepanduk atau kain rentang sekitar Pekan Ranau

Walaupun pemasang sepanduk dan kain rentang berkenaan tidak diketahui identiti mereka, namun dipercayai pemaparan sepanduk-sepanduk dan kain rentang tersebut dilakukan oleh masyarakat yang prihatin akan kesihatan sejagat di daerah ini yang sekaligus membuktikan bahawa masyarakat Daerah Ranau turut sama-sama bekerjasama membasmi Covid 19.

Seorang penduduk di Pekan Ranau, Johnny Apin menyatakan ada membaca salah satu sepanduk yang terpacak di Pekan Ranau yang menyatakan ‘Tidak Bersalaman Bukannya Sombong, Tidak Berkunjung Bukannya Lupa, Semua Itu Kita Bebas Lakukan Jika Kita Berjaya Memerangi Wabak Covid 19, Ayuh Kita Bantu Frontliner’. Katanya, sepanduk ini amat baik untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat mengenai tanggungjawab orang awam untuk bekerjasama dengan petugas hadapan membenteras wabak Covid 19 daripada terus menular.

Johnny

‘’Saya ada lihat dan membaca perkataan di sepanduk tersebut, amat sesuai sekali agar masyarakat sedar bahaya wabak Covid 19 ini’’, tegas Johnny ketika ditemui.

Bagi George Stephen, seorang guru di salah sebuah sekolah menengah di Pekan Ranau, beliau turut memuji usaha individu meletakkan beberapa pesanan dan nasihat menerusi sepanduk dan kain rentang yang menyeru agar masyarakat sama-sama membenteras wabak maut ini. Tegasnya, masyarakat tidak perlu bersandar sepenuhnya kepada tenaga barisan hadapan, malah kesedaran masyarakat mengenai pematuhan SOP amat penting dalam memutuskan rantaian Covid 19.

George

‘’Usaha terpuji dan perlu didalami sepenuhnya ayat yang tertera itu, ia baik untuk menjamin kesihatan berkekalan dikalangan penduduk sekitar Daerah Ranau dan Negeri Sabah’’, jelas George.

Daerah Ranau merupakan kawasan tumpuan bagi persinggahan masyarakat daripada kawasan-kawasan Daerah Pantai Barat, Pantai Timur dan Pedalaman kerana kedudukannya di tengah-tengah. Walaupun setakat ini Daerah Ranau tidak tergolong dalam Zon Merah penularan wabak Covid 19, namun pencegahan awal amat penting bagi mempastikan tahap kesihatan masyarakat terus terjamin.
-End –

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN