26 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Keprihatinan ADUN Bingkor ambil berat masalah rakyat dihargai

Jakaria……penduduk hargai sumbangan ADUN Bingkor.

KENINGAU:Penduduk Kampung Buang Sayang Bingkor amat menghargai keprihatinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor  Datuk Robert Tawik @ Nordin yang mengambil berat terhadap masalah rakyat.

Robert yang  juga Pembantu Menteri Kerja Raya telah menderma tiga buah Calvert untuk jalan laluan perkuburan Kampung Buang Sayang.

Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) Bingkor Jakaria Imul berkata, beliau mewakili penduduk kampung berkenaan merakamkan ucapan terima kasih kepada ADUN Bingkor itu atas sumbangan culvert tersebut.

Kelihatan penduduk Kampung Buang Sayang gotong-royong memasang culvert.

Katanya kerja-kerja memasang dan menyemen culvert tersebut dibuat secara bergotong royong atas kesepakatan penduduk kampung.

“Dengan pemasangan culvert itu, aliran air ketika hujan tidak lagi bertekong di jalan tersebut” katanya.

Jakaria juga berterima kasih kepada penduduk kampung atas kerjasama memasang culvert tersebut.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN