30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kenyataan Ronald mendakwa Kerajaan Negeri gagal tidak tepat, ketandusan isu : James

KOTA KINABALU: Kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee yang menyifatkan Kerajaan Negeri Sabah gagal dalam mengurus dan mengambil tindakan sewajarnya isu gangguan bekalan elektrik dan air di negeri ini ibarat mencari publisiti murahan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sugut, Datuk James Ratib berkata, kelihatan pemimpin itu ketandusan isu dan lupa bahawa beliau merupakan sebahagian menteri dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini yang tidak membuktikan sebarang usaha penyelesaian.

Malah katanya, bukan setakat isu gangguan bekalan elektrik dan air, tetapi isu setempat dalam Parlimen Beluran turut gagal diselesaikan termasuk yang berkaitan pembaikan jalan raya, komoditi dan pembasmian kemiskinan rakyat luar bandar.

“Tidak perlu memberi tuduhan tidak berasas kepada kerajaan negeri. Kedua-dua isu itu adalah prioriti utama Ketua Menteri Sabah untuk diselesaikan sepenuhnya. Sepatutnya beliau tanya diri sendiri sewaktu mengganggotai kabinet Kerajaan PN dulu, berapa kerap dia menyuarakan isu itu diperingkat atasan”.

“Bukan setakat isu elektrik dan air di peringkat negeri, penduduk sekitar kawasan Parlimen Beluran turut menyuarakan kekesalan kepada beliau kerana berhadapan isu gangguan elektrik dan air dimana beliau gagal menanganinya setelah sekian lama menjawat jawatan Ahli Parlimen Beluran”. Tegasnya.

James yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat menegaskan, Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bukannya kerajaan yang hanya tidur makan dan melengahkan masalah dihadapi rakyat Sabah.

Katanya, usaha memulihkan gangguan elektrik dan bekalan air sentiasa dibawa dalam mesyuarat kabinet negeri untuk diselesaikan dan kerajaan menyedari keperitan yang ditanggung rakyat.

Dalam pada itu, beliau turut menyarankan Ronald turut serta menjadi salah seorang pemimpin politik yang berhemah dan bertanggungjawab untuk menyuarakan idea bernas yang mampu menyelesaikan kedua-dua isu tersebut secara tuntas.

“Jangan bersuara lantang seperti bunyi paluan gong yang boleh didengar seluruh kampung. Saya mengajak anda menjadi sebahagian pemikir yang profesional dan mengenepikan ideologi politik agar cadangan yang bernas mampu menyumbang kepada jalan penyelesaian isu itu”. Katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Ronald dalam kenyataannya menyifatkan Kerajaan Negeri Sabah gagal dalam mengurus dan mengambil tindakan sewajarnya sehingga berlaku gangguan bekalan elektrik dan air yang kritikal di negeri itu.

Tambah James, kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Hajiji Hj.Noor akan terus mempastikan pembangunan infrastruktur dibawah plan Sabah Maju Jaya (SMJ) terlaksana dengan jayanya walaupun ada beberapa projek yang mengambil masa agak panjang.

Tegasnya, kerajaan negeri turut terbuka untuk menerima sebarang pandangan bernas daripada mana-mana pihak termasuk pemimpin dan ahli politik yang boleh membantu kearah merealisasikan kemajuan negeri ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN