Rafie merakamkan kenangan bersama jurulatih dan pemain yang terpilih.
Oleh: Rizalmi Liman
KENINGAU: Persatuan Bola Sepak Keningau (Keningau FA) bersedia menghadapi Sukan Sabah (SAGA) bagi acara itu selepas selesai melaksanakan pemilihan di lima kawasan sejak 5 Februari lalu.
Presiden Keningau FA, Rafie Robert berkata, Keningau FA telah selesai mengadakan sesi pemilihan akhir pada Sabtu bagi membentuk pasukan lelaki dan wanita untuk menghadapi SAGA yang akan diadakan pada tahun ini.
“Saya mengharapkan pasukan mengekalkan kecemerlangannya dan merangkul tempat Juara pada Kejohanan Sukan Sabah (SAGA) yang bakal tiba,” katanya pada Pemilihan Terakhir di Kompleks Sukan Keningau, kelmarin.
Katanya, seramai 88 lelaki dan 64 wanita menyertai pemilihan peringkat akhir berkenaan dan memilih 20 pemain bagi kategori masing-masing.
Beliau turut mengumumkan Pengurus Pasukan bagi pasukan lelaki iaitu Moddy Patrick dan Ketua Jurulatih ialah Yuszaime Abd.
Manakala, bagi Pengurus Pasukan Wanita iaitu Adzley Abd. dan Ketua Jurulatih ialah Sueli Apin.