33 C
Kota Kinabalu
Selasa, Disember 5, 2023
ADVERTISEMENTspot_img

Keningau FA Akan Menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Piala Keningau, Piala Presiden, KPL 2024.

Gambar: Rafie Robert

OLEH: RIZALMI LIMAN

KENINGAU: Persatuan Bolasepak Daerah Keningau (Keningau FA) akan menganjurkan tiga kejohanan besar iaitu Piala Keningau, Piala Presiden dan Keningau Premier League (KPL) pada tahun hadapan.

Presiden Keningau FA, Rafie Robert (gambar) berkata, kejohanan ini diadakan bagi menyediakan platform untuk mengasa dan mencukil bakat para pemain, jurulatih dan pasukan agar dapat mengukuhkan kemahiran untuk bersedia bersaing di peringkat yang lebih tinggi.

Katanya, usaha ini juga bagi membudayakan sukan bola sepak melalui kejohanan dengan mengikuti peraturan yang sebenar dan dikawal dengan teratur.

Beliau percaya bahawa usaha ini akan membuahkan hasil suatu hari nanti untuk melahirkan mereka yang berbakat dalam sukan Bola Sepak sama ada kepada pemain, jurulatih ataupun pasukan ke peringkat yang lebih tinggi seperti peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Keningau FA di Taman Bandukan Riverside Resort Keningau baru-baru ini.

Tambahnya, Keningau FA juga akan menganjurkan kejohanan Futsal dan juga Kursus Kejurulatihan pada tahun hadapan.

Pada mesyuarat ini juga, bagi mengukuhkan jentera pelaksana untuk pelbagai program dan kejohanan yang diadakan, Keningau FA telah melantik Ahli Jawatankuasa (AJK) Lantikan iaitu Sudirno Jumatin, Zaki Zakaria, Rizalmi Liman, Faizul Dinin, Roy Petrus, Razzidin Robert, Ornan Joachim Mathew, Mike Eping, Edward David, Kahiri Mabin dan Rosman Arshad.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN