Robert (berdiri kanan)menyaksikan penderma darah dan petugas pada program derma darah itu.
KENINGAU:Bekalan darah yang berterusan adalah sangat penting bagi menampung keperluan Unit Transfusi Darah Hospital Keningau.
Sehubungan dengan itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin menyeru masyarakat di daerah ini supaya tampil menderma melalui program-program derma darah yang dianjurkan oleh mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO)dengan kerjasama Unit Transfusi Darah Hospital Keningau.
Katanya, jika para penderma darah tidak sempat hadir di lokasi-lokasi di mana program derma darah diadakan mereka boleh datang di Unit Transfusi darah Hospital Keningau untuk menderma darah.
Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berkata selepas merasmikan Program Derma Darah anjuran bersama Wiramuda Starsabah, Pemuda Perikatan Nasional Keningau, yang diadakan di Dewan Terbuka Tamu Bingkor kelmarin.

Robert mengambil ruang pemeriksaan kesihatan pada program itu.
Seramai lebih 100 orang telah tampil dan berniat menderma program derma darah itu. Walau bagaimanapun hanya 26 orang yang layak menderma kerana kebanyakan yang hadir adalah baru sahaja disuntik vaksin Covid-19 belum dibenar menderma darah.
Turut hadir Ketua Pemuda PN P.180 Keningau yang juga Naib Ketua ARMADA Negeri Sabah Sabah merangkap Ketua ARMADA P.180 Keningau Rafie Robert,
Ketua Wiramuda StarSabah Bingkor Florian Elon, Ketua Wiranita, StarSabah N.40 Bingkor Jenaffer Epil dan barisan AJKP Armada Keningau AJK Star Bahagian N.40 Bingkor
Sementara itu Ketua Wiramuda StarSabah Bingkor Florian Elon menzahirkan rasa kesyukuran atas kejayaan penganjuran Program Derma Darah itu.
Katanya, program julung kali ini begitu mendapat sambutan daripada penduduk setempat sekitar DUN Bingkor.
“Namun seperti kita sedia maklum ramai penderma darah yang baru sahaja menerima suntikan vaksin Covid-19 dan belum dibenarkan menderma darah buat masa ini” katanya.
Beliau berkata, berdasarkan sambutan dan kerjasama dalam penganjuran program,Wiramuda StarSabah DUN Bingkor merancang untuk menganjurkan program seumpama ini pada masa akan datang bagi membantu kesinambungan bekalan tabung darah di Unit Transfusi Darah Hospital Keningau.
Pada masa sama Florian merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada ADUN Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin atas sokongan beliau, juga kepada Barisan AJK Pemuda Perikatan Nasional(PN) P180 Keningau yang diketuai oleh Rafie Robert dan kepada barisan petugas KKM, dari Unit Transfusi Darah Hospital Keningau.
Jelasnya, tanpa kerjasama dan bantuan daripada pihak yang terlibat program ini tidak mungkin dapat dianjurkan dengan jayanya.