27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

KEMPEN DERMA DARAH BERJAYA KUMPUL 42 PAIN DARAH 

Para penderma darah bergambar bersama penganjur program

RANAU : Kempen menderma darah yang bermula dari jam 8.00 pagi hingga jam 2.00 petang bertempat di Pentas Budaya Ranau hari ini berjaya mengumpul darah sebanyak 42 pain.

Program itu merupakan anjuran bersama Koperasi STAR Sabah Berhad (KBS) dengan kejasama Unit Tabung Darah Hospital Ranau.

Ketika ditemui media, Ketua Wiranita STAR DUN Karanaan Azwa Nabiha Amit memberitahu sepanjang program berjalan, seramai 109 orang awam telah hadir menawarkan diri untuk menderma darah. Namun setelah membuat pemeriksaan kesihatan lebih awal hanya sebahagian daripada mereka sahaja yang layak menderma.

Bagi menghargai mereka yang telah menderma darah, pihak penganjur telah menyediakan sedikit  sumbangan berbentuk bakul makanan yang  berisikan beras 5 kg, gula 1kg, tepung, garam, aji, dua tin sardin, kopi dan minyak masak.

Sumbangan-sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Ketua Bahagian STAR N37 Karanaan, Saudin Satimin.Saudin dalam perbualan dengannya mengharapkan pada masa akan datang akan lebih ramai lagi yang menawarkan diri untuk menderma darah.

Katanya semua darah yang telah dikumpul pada hari ini akan dibawa terus oleh para petugas di bahagian Unit Tabung Darah Hospital Ranau bagi menampung keperluan pesakit.

                 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN