25 C
Kota Kinabalu
Selasa, Januari 14, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Kempen Derma Darah 14 Mei ini di Dewan Masyarakat Ranau

RANAU: Orang ramai yang sihat dan layak dipanggil menyertai Kempen Derma Darah Hospital Ranau yang akan diadakan di Dewan Masyarakat Ranau pada 14 Mei ini, bersempena Pesta Kaamatan Ranau 2022.


Pengarah Hospital Ranau, Dr Eva Candra Susanti Bt Suhaili (gambar) menyeru kepada semua yang berkemampuan dan bermurah hati untuk hadir menderma darah sepanjang kempen menderma darah ini demi menyelamatkan nyawa orang lain.


Beliau berkata setiap orang tidak perlu ragu untuk menderma darah kerana pada masa yang sama, mereka juga akan menjalani pemeriksaan kesihatan diri termasuk pemeriksaan darah tinggi, kencing manis dan sebagainya melalui pemeriksaan yang dilakukan sebelum disahkan untuk menderma darah.


“Pendermaan darah, dari satu segi, ialah proses saringan kesihatan. Jadi tidak perlu takut atau bimbang kerana ia dikendalikan oleh pegawai kesihatan yang berkelayakan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.


“Kira-kira satu daripada tujuh orang yang memasuki hospital memerlukan darah. Satu pain darah boleh menyelamatkan sehingga tiga nyawa. Orang dewasa yang sihat yang berumur sekurang-kurangnya 17 tahun, dan sekurang-kurangnya 110 paun boleh menderma kira-kira satu pain darah, dan bentuk pendermaan yang paling biasa ialah setiap 56 hari, atau setiap dua bulan.


“Jadi apa alasan kita untuk tidak mahu menderma darah? Jika anda cukup sihat, maka menderma darah adalah perkara yang tepat untuk dilakukan,” katanya.


Dr Eva berkata, Kempen Derma Darah Kaamatan yang dianjurkan Pejabat Daerah Ranau bersama Hospital Ranau akan berlangsung selama enam jam bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang.


Mereka yang layak menderma darah termasuk individu berumur 18-60 tahun, sihat fizikal, berat 45kg ke atas, tidak mengambil sebarang ubat dan antibiotik, tidak hamil dan tidak datang haid.


“Mereka juga sepatutnya tidur lebih lima jam, tidak mengambil alkohol selama 24 jam terakhir, mengambil makanan sebelum menderma dan paling penting membawa kad pengenalan atau lesen memandu,” katanya.


Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai digalakkan menghubungi Angela Gimbun di 01125215385, atau Gracey John di 0198014700.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN