31 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

KEMENTERIAN PELANCONGAN PUSAT DAN NEGERI PERLU KERAP ADAKAN LAWATAN KE PUSAT PELANCONGAN SEKITAR DAERAH RANAU

RANAU: Pergerakan Exco Wiramuda Parti Solidariti Sabah Tanah Airku (StarSabah) menyeru agar Kementerian Pelancongan sama ada dari Persekutuan mahupun negeri Sabah kerap mengadakan lawatan kepusat pelancongan disekitar daerah ini bagi meninjau prasarana dan kemudahan infrastruktur yang wajar dibangunkan.

Mengulas perkara itu, Ketuanya, Kong Soon Choi berkata, pusat pelancongan yang terdapat di daerah Ranau merupakan sebahagian daripada Tapak Warisan Dunia seperti Taman Negara Kinabalu dan disekitar tanah tinggi Kundasang yang memerlukan perhatian khusus kedua-dua kementerian berkenaan.

‘’Kekerapan lawatan ke kawasan pelancongan ini sama ada daripada pihak Kementerian Pelancongan pusat atau negeri membolehkan mereka menilai sendiri apakah bentuk prasarana yang perlu ditambah baik dan mencari idea untuk memperindahkan lagi kawasan pelancongan di sini”. Katanya.

Kong Soon Choi

Kong juga berkata, setiap minggu kadar pelancong yang datang ke sekitar pusat pelancongan yang terdapat di daerah Ranau amat menggalakkan dan ini sudah tentu perlunya suatu usaha untuk menambah pelbagai kemudahan infrastruktur termasuk menaiktaraf jalan raya, mewujudkan tarikan lain seperti taman tema atau pusat rekrasi seperti restoran dan kawasan merakam gambar yang sesuai.

Jelasnya, keindahan panorama di tanah tinggi Kundasang akan bertambah ceria sekiranya kemudahan lain seperti menara tinjau dibina untuk menikmati keindahan Gunung Kinabalu selain para pelancong dapat merakam gambar kenangan berlatar belakangkan keindahan Gunung Kinabalu.

“Saya yakin, kedua-dua pihak kementerian mempunyai idea menerusi kepakaran para pegawai atasan jabatan berkenaan bagi merekabentuk landskap sesuai untuk terus meningkatkan prasarana pelancongan di sini”. Tegasnya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Kong yang juga merupakan Timbalan Ketua Pemuda Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata, pendapatan kerajaan akan terus bertambah sekiranya kawasan pelancongan di sekitar daerah ini di naiktaraf.

Ini kerana katanya, daerah Ranau telah lama dikenali oleh para pelancong bukan sahaja dari dalam malah luar negara dan jika pembangunan pelancongan terus ditambah, maka ia akan menarik lebih ramai lagi pelancong datang ke sini seterusnya juga meningkatkan ekonomi penduduk setempat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN