29 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

KEMAS  Labuan lancar Pusat Daya Maju (PDM) Masakan

SURI RUMAH yang menyertai aktiviti  Pusat Daya Maju Masakan KEMAS Labuan

LABUAN: Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) telah melancarkan Pusat Daya Maju (PDM) Masakan KEMAS Wilayah Persekutuan Labuan yang diadakan di Perkarangan Pusat Kegiatan KEMAS, Kampung Pantai, dekat sini, pada Sabtu.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek mewakili Pengerusi Perbadanan Labuan, Tan Sri Anifah Aman.

Menurut Pengarah Bahagian Pendidikan Kemahiran KEMAS ibu pejabat, Dr Zainal Abidin Ali, pusat yang sebelum ini dikenali sebagai  Kelas Kemahiran Masakan KEMAS  kini lebih berfungsi sebagai pusat tumpuam aktiviti kemahiran masyarakat yang mampu melahirkan masyarakat bermutu dan berkamahiran serta boleh berdikari.

 “Pusat ini menyediakan peralatan memasak yang lengkap sebagai platform  kepada masyarakat setempat untuk terlibat secara aktif dalam meningkatkan ekonomi dan pendapatan keluarga serta penggunaan peralatan yang disediakan oleh KEMAS secara optimum” katanya.

Sementara itu, Simsudin berkata, program tersebut mencerminkan senergi atau kesepakatan antara KEMAS dan masyarakat dalam menghayati semangat kerjasama bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat luar bandar.

Turut diadakan pada majlis itu ialah penyampaian Geran 1 Program 1 Kampung Usahawan Bantuan Gerai Lipat sebanyak RM4,000.00 kepada lima penerima.

Selain itu pelbagai aktiviti lain turut diadakan  yang melibatkan penyertaan masyarakat Labuan antaranya pertandingan memasak, pertandingan mewarna kanak-kanak, Pertandingan Aneka Karabu, Pertandingan Puding Merdeka dan Pertandingan Renjis Merdeka.

Hadir sama, Pengarah KEMAS Wilayah Persekutuan, Asri Salleh dan Pegawai KEMAS Wilayah Persekutuan Labuan, Gilbert Julian.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN