26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Oktober 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Keluarga Wakiman sumbang pembungkus makanan kepada Hospital Labuan

SUMBANGAN… Sukimin (kanan sekali) bersama Tom Jaitol (dua kanan) ketika menyerahkan sumbangan pembungkus makanan kepada Suhailah (tiga kanan)

LABUAN:Selari dengan usaha kerajaan untuk terus memerangi COVID 19, sudah tentu kerajaan memerlukan kerjasama daripada pihak swasta mahupun individu bukan sahaja dalam sama-sama membendung penularan wabak itu tetapi juga dalam membantu memenuhi keperluan yang boleh disumbangkan oleh sektor swasta mahupun individu yang berkemampuan.

Menyedari hakikat itu, keluarga Wakiman yang amat memahami situasi masa kini akibat pendamik COVID 19 yang terus merisaukan pelbagai pihak telah bermurah hati untuk menyumbangkan lebih 8,000 pembungkus makanan dan minuman pakai buang untuk keperluan Hospital Nukleus Labuan.

IKLAN: Baja Subur Cecair 100% organik, sesuai untuk semua jenis tanaman. Cepat, Selamat & Berkesan http://www.wasap.my/60128648928/

Menurut Sukimin Wakiman yang menjadi wakil ketua keluarga Wakiman sumbangan tersebut merupakan salah satu usaha keluarga mereka untuk membantu pihak hospital dalam memberikan perkhidmatan yang tebaik kepada masyarakat.

“ Peka dengan keperluan mendadak yang diperlukan di Unit Dietetik dan Sajian Hospital Labuan kami dari keluarga Wakiman telah bebesar hati untuk menyumbangkan sedikit pembungkus makanan dan minuman untuk keperluan Hospital Labuan khususnya untuk kegunaan pesakit yang dikuarantin akibat COVID 19”, katanya.

Dalam pada itu Sukimin turut mengucapkan terima kasih kepada semua ahli keluarga Wakiman khususnya kepada saudara Tom Jaitol Gomez dan isteri yang telah banyak berusaha merealisasikan hasrat kami untuk membantu pihak yang memerlukan.
Sumbangan tersebut disampaikan sendiri oleh Sukimin kepada Suhailah Hamzah dari Unit Diatetik Sajian Hospital Neklues Labuan, pada Selasa.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN