27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Julai 15, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kelonggaran SOP dalam fasa Endemik sewajarnya disambut baik segenap lapisan masyarakat: Robert

Robert bersalaman dengan sebahagian tetamu hari raya Keluarga di kediamannya dikampung Buang Sayang Bingkor.

Oleh : Francis Andin

KENINGAU: Kelonggaran SOP dalam fasa Endemik pencegahan Covid19 oleh kerajaan yang berkuatkuasa semalam, sewajarnya disambut baik segenap lapisan masyarakat dengan penuh iktibar, terutama dalam suasana menyambut hari raya dan Pesta kaamatan.


Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Robert Tawik berkata sambutan hari raya tahun ini sangat dirasai oleh lapisan masyarakat selepas 2 tahun tidak dapat beraya bersama keluarga dan sahabat handai.


Pada masa sama, Robert yang juga ADUN N.40 Bingkor , menasihatkan orang ramai agar terus mengamalkan penjagaan kesihatan terutama mematuhi SOP yang masih dikuatkuasakan seperti pemakaian pelitup muka apabila berada dikawasan yang sesak,tertutup bagi memastikan keadaan terkawal dan dihindari daripada sebarang kes penularan Covid19.

Datuk Dr Jeffery Kitingan (empat dari kiri )Robert bersama sebahagian tetamu hari raya Keluarga di kediamannya


“Sememangnya kita semua menyambut baik langkah kerajaan dalam keluarga Malaysia yang memberi banyak kelonggaran pergerakan, namun kita sendiri yang sudah menjadikan SOP sebelum ini sebagai rutin kehodupan norma baharu , maka langkah penjagaan kesihatan kendiriitu sudah menjadi sebahagian daripada tanggungjawab bersama” katanya ketika ditemui di kediamannya sempena sambutan har Raya bersama Keluarga dan saudara mara terdekat dekat sini.


Hadir sama Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Dr Jeffery Kitingan serta pemimpin masyarakat setempaat.


Sementara itu, tinjauan pada hati pertama Hari raya didaerah ini mendapati rata-rata ,masyarakat menerima baik kelonggaran yang diberikan dan menjadikan kehidupan dengan amalan SOP sedia ada sebagai norma bahafru ketika berkunjung sempena perayaan.


Kapitan Liew Keat Lim yang sempat ditemui dalam satu majlis hari raya bersama keluarga Besar Datuk Robert di kampung Buang Sayang, berkata suasana hari raya yang memberi kesempatan bersemuka amat dimanfaatkan setelah hampir tiga tahun tidak bertemu rakan-rakan dan saudara.


“ Kita gembira dan berterima kasih kepada semua pihak, kerajaan dan masyarakat yang sama-sama mengamalkan SOP sebagai norma baharu ketika berkunjung dan ini sangat baik,sama-sama jagakesihatan dan bebas dari jangkitan terutama Covid19”katannya.


Kemeriahan terasa apabila hari raya juga dikunjungi oleh pelbagai masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa menjadikan perayaan dinegara ini sebagai medan perpaduan yang utuh.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN